BTC USD 116,063 Gold USD 3,323.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Gaza bimbang nasib mereka dilupakan

combat13

Super Active Member
Messages
7,088
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,088
Reaction score
222
Points
73
3166195.webp

Hab bantuan itu yang 'terkepung' menyebabkan penduduk Palestin menjadi sasaran mudah tembakan Zionis. Foto Agensi

GENTING GAZA – Penduduk Palestin di Genting Gaza menyuarakan kebimbangan terhadap perang secara terbuka antara Israel dan Iran yang akan mengalihkan perhatian dunia kepada krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah itu.

Ketika kedua-dua seteru lama itu saling berbalas serangan sejak tiga hari lalu, penduduk Gaza bergelut untuk mendapatkan makanan.

“Semua orang bercakap tentang peperangan Iran-Israel. Krisis di Gaza sudah dipandang sepi dan penderitaan kami tidak lagi mendapat perhatian ramai,” ujar Khalil al-Halabi, 71, di Bandar Gaza.

Menurutnya, tepung kini menjadi barang berharga di enklaf tersebut.

“Ia seperti mimpi ngeri buat kami. Harga seguni tepung yang dijual di tepi jalan boleh mencecah lebih AS$350 (RM1,665),” katanya dalam nada hiba.

Al-Halabi juga khuatir jika konflik terbaharu antara Iran dan Israel boleh menjejaskan usaha pelaksanaan gencatan senjata di Gaza yang gagal mencapai kesepakatan selama beberapa bulan.

Pusat agihan bantuan di bawah Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) disokong Amerika Syarikat (AS) dikatakan menutup sementara operasi mereka selepas perang Tel Aviv-Teheran meletus.

Kempen pengeboman Zionis terus diperhebatkan ke atas wilayah itu dan meragut puluhan nyawa, sebahagian besar mangsa terkorban di kawasan berhampiran hab bantuan tersebut.

Data Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu menunjukkan, angka korban di pusat bantuan yang digelar sebagai 'perangkap maut' itu meningkat kepada lebih 270 orang manakala lebih 2,000 cedera sejak ia mula beroperasi pada akhir Mei. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register