BTC USD 57,661.4 Gold USD 1,792.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk dinasihat jangan jual tanah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SLIM RIVER – Penduduk yang baru memiliki geran tanah dinasihatkan agar tidak menjual tanah yang diberikan kepada mereka.

Tanah yang dimiliki ini harus dijadikan sebagai aset untuk kepentingan mereka pada masa hadapan.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Tanjung Malim/ Slim River, Muhamad Fariz Muhamad Hanip berkata, pihaknya begitu berharap agar tanah yang sudah menjadi milik penduduk tidak akan dijual kepada orang lain.

Menurutnya, sepatutnya penduduk yang baru memiliki geran tanah ini menikmati hasil tanah terlebih dahulu setelah sekian lama mereka memohon untuk mendapat geran hak milik.

“Diharapkan agar tiada penduduk sudah terfikir untuk menjual tanah yang baru sahaja diberikan geran hak milik.

“Jadikanlah tanah ini sebagai aset pada masa hadapan dan boleh digunakan oleh warisan penduduk seperti anak dan cucu mereka,” katanya.

:Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena majlis Kesyukuran dan Penyampaian Notis 5A Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Hala Cara Baru, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) Kampung Ulu Slim, Slim Village di sini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Pengurus Felcra Kawasan Slim, Sharif Abu Hassan.

Seramai 47 penduduk menerima Notis 5A dan majlis kesyukuran turut diadakan bagi meraikan penerimaan geran hak milik itu.

Muhamad Fariz berkata, pihaknya begitu mementingkan dan mengutamakan masalah berkaitan tanah yang dialami penduduk.

Menurutnya, bagi penduduk yang mempunyai masalah berkaitan tanah boleh berjumpa dengannya untuk membincangkan perkara yang dihadapi.

“Masalah berkaitan tanah adalah teras utama yang akan diselesaikan terlebih dahulu kerana pihak kami memandang serius perkara ini.

“Ada sesetengah penduduk yang sudah menanti sejak sekian lama untuk memiliki geran tanah dan pihak kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah dihadapi penduduk ini,” katanya.

Menurutnya, jika penduduk menghadapi masalah berkaitan tanah boleh hadir pejabat tanah untuk membincangkan masalah dihadapi.

“Namun apa yang diharapkan ialah penduduk tidak datang ke pejabat kami dalam keadaan emosi seperti terlalu marah dan sebagainya.

“Perbincangan tidak akan berjaya jika diiringi dengan emosi dan kita memerlukan ketenangan untuk berbincang agar semua perkara dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
 
Sponsored Post

TwiStEd pIps

Super Active Member
Messages
7,545
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
pasal tanah ni la yang buat orang cina banyak kaya raya.. >:) >:) >:)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register