Penduduk berhimpun aman bantah penutupan Sungai Golok

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601

GAMBAR HIASAN. Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok berhimpun secara aman membantah tindakan tentera Thailand menutup enam pengkalan bot yang digunakan untuk berulang-alik ke Malaysia. - Agensi

NARATHIWAT 3 Jun - Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini, berhimpun secara aman membantah tindakan tentera Thailand menutup enam pengkalan bot yang digunakan untuk berulang-alik ke Malaysia.

Enam pengkalan bot yang ditutup atas alasan keselamatan oleh tentera itu adalah Pengkalan Gaji, Pengkalan Jambu, Pengkalan Bereng, Pengkalan Buluh, Pengkalan Cek Kaseng dan Pengkalan Retak.


“Arahan penutupan oleh pihak berkuasa itu akan memberi impak bukan sahaja kepada kami tetapi juga menjejaskan Sungai Golok secara keseluruhan,” kata penolong ketua komuniti Pengkalan Sungai Golok, Pairat Mamat hari ini.

Tindakan penutupan enam pengkalan itu sejak dua hari lepas, telah menjejaskan 5,200 penduduk daripada 1,300 keluarga yang bergantung hidup kepada pengkalan bot itu, katanya.

Pihak berkuasa hanya membuka Pengkalan Prapa bagi kemudahan penduduk menyeberang Sungai Golok untuk ke Malaysia.

Pairat berkata mereka yang berhimpun akan mengutus surat kepada Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha menerusi Datuk Bandar Sungai Golok, Sudarat Pannara supaya mempertimbangkan semula tindakan menutup enam pengkalan berkenaan.

Surat rayuan itu akan menjelaskan kesan-kesan buruk dihadapi penduduk tempatan termasuk kepada pemandu teksi kereta dan teksi motosikal, pengangkut barang, pemilik bot serta kira-kira 70 kanak-kanak yang menggunakan Sungai Golok untuk ke sekolah di Malaysia, katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

ipins

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,728
Reaction score
101
Points
33
Penduduk Protes Thai Tutup Jeti Haram Ke Malaysia



NARATHIWAT – Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini, berhimpun aman bagi membantah tindakan tentera Thailand menutup sejumlah pengkalan bot yang digunakan mereka.

Jeti kecil berkenaan yang dianggap sebagai laluan tikus untuk penduduk tempatan dapat berulang-alik secara haram ke Malaysia termasuk menyeludup barangan bersubsidi keperluan harian yang dijual murah di negara jiran itu.

Buat masa ini enam pengkalan bot yang ditutup atas alasan keselamatan oleh pihak tentera itu adalah Pengkalan Gaji, Pengkalan Jambu, Pengkalan Bereng, Pengkalan Buluh, Pengkalan Cek Kaseng dan Pengkalan Retak.

“Arahan penutupan oleh pihak berkuasa itu akan beri impak bukan sahaja kepada kami tetapi juga menjejaskan Sungai Golok secara keseluruhan,” kata penolong ketua komuniti Pengkalan Sungai Golok, Pairat Mamat.

Tindakan penutupan enam jeti haram itu sejak dua hari lepas, telah menjejaskan teruk kira-kira 5,200 penduduk daripada 1,300 keluarga yang amat bergantung hidup mereka kepada pengkalan bot kecil itu, katanya.



Pihak berkuasa Thailand hanya membuka Pengkalan Prapa bagi kemudahan penduduk negara itu menyeberang Sungai Golok untuk ke Malaysia tanpa perlu melalui proses pemeriksaan imigresen kedua-dua negara.

Pairat berkata mereka yang berhimpun itu turut akan mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menerusi Datuk Bandar Sungai Golok, Sudarat Pannara.

Ia supaya mempertimbangkan semula tindakan penutupan enam pengkalan haram berkenaan yang sudah digunakan oleh ramai penduduk tempatan untuk memasuki Malaysia secara haram sejak sekian lama.

Surat rayuan itu akan menjelaskan kesan buruk yang kini dihadapi oleh ramai penduduk termasuk kepada pemandu teksi kereta dan teksi motosikal, pengangkut barang seludup dan pemilik bot tambang.

Ini juga termasuk nasib kira-kira 70 kanak-kanak yang terpaksa menggunakan Sungai Golok yang agak cetek untuk ke sekolah di Malaysia, kata Pairat lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/penduduk-protes-thai-tutup-jeti-haram-ke-malaysia/
 

sepek

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
4,774
Reaction score
8
Points
25
jika di malaysia, penutupan jeti ini boleh dijadikan isi untuk mana-mana ceramah parti politik
 

habiburrahman

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2009
Messages
7,016
Reaction score
193
Points
78
Sekejap je ni....Tak lama lagu buka la tu...

5,200 penduduk kot penduduk yang bergantung pada jeti2 tersebut.


Sekadar prediction je :D
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Tak lama, nanti nak raya bukalah. :))
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,939
Reaction score
1,170
Points
201
patutnya kerajaan malaysia la yg tutop laluan tikus ni..
tgk depa borong brg dr malaysia smpai penuh 1 smpan...
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,102
Reaction score
268
Points
91
hahaha....kes yang unik,
kelonggaran sempadan antara 2 negara.
Ni klu xturun padang..memang xleh nak komen.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,391
Reaction score
2,139
Points
201
kesian anak2 melayu siam.
 

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,582
Reaction score
37
Points
70
mujur munduk xtutup lg :D tp lm dh aku xg.dkt2 3 thn dh kot
 

gerbangkayangan

Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
1,966
Reaction score
17
Points
25
klau gini apa guna ada kompleks kastam..mcm kelakar je..longgarnya kawalan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register