BTC USD 38,028.7 Gold USD 1,776.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendidikan seks hanya untuk poket kroni

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,886
Reaction score
1,533
Points
141
KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS mendakwa cadangan kerajaan mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, tidak lebih untuk kepentingan kroni umno BN dan bukan ikhlas mahu mengatasi masalah buang bayi.

Bagi PAS, cadangan itu bukan satu penyelesaian konkrit malah dilihat peluang untuk kroni Umno merebut projek mencetak buku dan alat bantu mengajar sahaja.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah.

Sedangkan, seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini dan apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.

"Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

"PAS berpadangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang," katanya.

Tambahnya lagi, seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni Umno.

Kemudian, Umno katanya 'buat-buat bising' mengenai pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.

"Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion.


"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal sikap pemimpin Umno yang dilihat seperti perihatin terhadap akhlak dan moral masyarakat, sedangkan katanya, Umno jugalah yang menjadi penaja besar kepada program penyumbang keruntuhan akhlak.

Umno juga katanya seperti lebih senang jika rakyat rosak akhlak, kerana mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran.

"Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam, bukankah ini idea Pak Pandir namanya.

"Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," katanya.
 
Sponsored Post

poknik

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
14,011
Reaction score
281
Points
131
org zaman dulu takde pendidikan seks jugak... tapi takdek pulak nak buang2 bayi...

elok la bagi pendidikan seks kat skolah rendah... bleh la diorang start ngandung lagi awal skit....
 

sfauzie

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
Makin pening lah budak2 macam ni...dah terlalu banyak sangat pelajaran yang perlu dipelajari...matematik...BM...BI...Sains...Kajian Tempatan...Sivik...Agama Islam...Jawi...Bahasa Arab...Seni...Muzik...PJ...PK...dan tawon depan ada tambahan subjek baru...
 

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30
org zaman dulu takde pendidikan seks jugak... tapi takdek pulak nak buang2 bayi...

elok la bagi pendidikan seks kat skolah rendah... bleh la diorang start ngandung lagi awal skit....

yang bergantung pada amali.. heehhe:))
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
islam masih belom lengkap lagi ke???
setahu aku zina atau seks tanpa apa2 hubungan nikah adalah haram..

ape lagi yang tak lengkapnye islam ni dmate pencacai amnok
ataukah ade agenda tersembunyi..utkkepentingan poket pancacai angkut najis amnok
 

Mitokondrion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Nov 25, 2008
Messages
11,893
Reaction score
339
Points
141
******* xhbs2..nk wat pendidkan seks kepala ***** bweruk dia.. cara islam xwat plak! cis celaka sekular!
 

anakmalaya

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
3,632
Reaction score
47
Points
30
mcm tu rupenye.. bkn nak basmi.. lagi menambah perisa..
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,255
Reaction score
28
Points
70
Yeah. Menepati slogan kerajaan iaitu :

Rakyat didungukan, Kroni diutamakan.
 

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30
depa engat bubudak x reti nak romen kot.. 2 nak ajaq awai2:))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register