BTC USD 97,493.7 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapatan Bersih KWAP Melonjak 36 Kali Ganda Kepada RM9.7 Bilion Pada Tahun Kewangan 2023

Md Hanif

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2023
Messages
848
Reaction score
64
Points
25
437d1280e8fedb32b727bd675c4cc10f66a9cde90cec4


Pendapatan bersih Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion bagi Tahun Kewangan 2023 - angka tertinggi kedua sejak 2017- berbanding RM263 juta yang dicatatkan pada 2022.

Ketua Pegawai Pelaburannya Hazman Hilmi Sallahuddin berkata pertumbuhan pesat itu adalah disebabkan keadaan mencabar pada 2022, yang menyaksikan KWAP mengalami kerugian tidak direalisasi daripada pelaburan domestik dan antarabangsanya.

Dana itu juga mencapai pulangan pelaburan dana yang teguh sebanyak 8.2 peratus bagi tahun ini.

"Pada Tahun Kewangan 2023, saiz dana KWAP meningkat kepada RM169.8 bilion, merupakan kenaikan 7.4 peratus daripada RM158.1 bilion pada 2022," katanya semasa majlis pengumuman keputusan prestasi kewangan Tahun Kewangan 2023 KWAP, di sini, hari ini.

Hazman Hilmi berkata walaupun terdapat pengeluaran sebanyak RM3 bilion untuk membiayai sebahagian daripada liabiliti pencen kerajaan, peningkatan bersih sebanyak RM11.7 bilion mencerminkan komitmen berterusan KWAP untuk menguruskan aset dengan berhemat dan mengoptimumkan pulangan pelaburan.

Menurutnya, KWAP terus memberi tumpuan kepada perancangan pelaburan dan perumusan strategi yang komprehensif serta mengamalkan pendekatan inklusif untuk memastikan pertumbuhan mampan.

Bagi Tahun Kewangan 2023, peruntukan aset KWAP adalah seperti berikut: 47.9 peratus dalam ekuiti awam, 35.5 peratus dalam pendapatan tetap, 5.3 peratus dalam hartanah, 4.8 peratus dalam ekuiti swasta, 2.1 peratus dalam infrastruktur, dan 4.4 peratus dalam pasaran wang.

"Jumlah sumbangan yang diterima pada 2023 sebanyak RM2.7 bilion adalah daripada tiga sumber utama - sumbangan kerajaan persekutuan, saham kerajaan, dan caruman majikan.

"Caruman majikan termasuk daripada badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan agensi peminjam," katanya.

Selain itu, katanya, KWAP komited untuk mengukuhkan ekosistem modal teroka Malaysia melalui inisiatif Dana Perintis yang dilancarkan pada 2023.

Inisiatif dengan peruntukan RM500 juta itu bertujuan untuk mempercepat pertumbuhan dalam landskap keusahawanan Malaysia, memperkasakan syarikat baharu, memacu inovasi dan meningkatkan daya tahan ekonomi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata pada 31 Disember, 2023, KWAP menyediakan khidmat kepada 790,772 penerima pencen Malaysia.

Ini merupakan kenaikan 2.8 peratus, atau 21,825 penerima pencen tambahan, berbanding 2022.

"Walaupun peningkatan penerima pencen pada 2023, prestasi perjanjian peringkat perkhidmatan (SLA) untuk perkhidmatan pencen mencapai skor berwajaran tahunan sebanyak 99.4 peratus pada 2023, melepasi ambang prestasi pada 95 peratus seperti yang ditetapkan dalam SLA dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

 
Sponsored Post

bese la tu dana awam nak utg kene labor kat saham yg berisiko rendah bese dlm GLC or projek-projek kerajaan.

Tu la yg terjadi kat TH dulu zaman PH dan atok sbg PM main komen je nak batal projek itu projek ini. Projek GLC pun dia nak ugut tak sedor ke KWSP KWAP TH PNB ada saham dalam tu.

sbb tu la TH susah dah nak bagi Dividen tinggi sbb diorg pun ada Isu sukuk 19.9 bilion. Semua saham TH dah pindah pada UJSB.

TH pun ada request mohon nak labur semula dalam Saham patut syariah

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register