PENDAKIAN: Soh Wai Ching Berjaya Atasi Rekod Semasa KL Tower Run

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,508
Reaction score
11,707
Points
2,376
PENDAKIAN | Soh Wai Ching Berjaya Atasi Rekod Semasa

Pelari menara negara, Soh Wai Ching berjaya dengan percubaannya untuk mengatasi rekod semasa ‘Guinness World Records’ untuk cabaran pendakian tangga menegak terhebat dalam tempoh satu jam.

Atlet larian menara nombor dua dunia itu menamatkan aksinya jam 10 malam semalam, menempuhi jarak menegak keseluruhan sejauh 1.295 kilometer.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,331
Reaction score
2,174
Points
206
tahniah anak muda.
naik tangga ok lagi. naik tangga rintangan api tu yang tak tahan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,508
Reaction score
11,707
Points
2,376
tahniah anak muda.
naik tangga ok lagi. naik tangga rintangan api tu yang tak tahan.
Tak mudah tu nak hadap
Den pernah reg KL Tower Run
Skali hari larian tak dapek lari 😌
 

Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,249
Reaction score
1,892
Points
101
Pernah masuk once. For me ok lagi Towerthon dari HM --> memang semput 😰😰. Cuma KL Towerthon ni bila nak pegang besi palang tu, semakin tinggi semakin geli sebab penuh dgn peluh dan lendir. Bila dah tamat larian, nak turun ke bawah kena hadap lagi queue panjang di depan lif yg panas dan merimaskan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,508
Reaction score
11,707
Points
2,376
Pernah masuk once. For me ok lagi Towerthon dari HM --> memang semput 😰😰. Cuma KL Towerthon ni bila nak pegang besi palang tu, semakin tinggi semakin geli sebab penuh dgn peluh dan lendir. Bila dah tamat larian, nak turun ke bawah kena hadap lagi queue panjang di depan lif yg panas dan merimaskan.
Mantap tuan @Dann
Saya takde rezeki lagi nak merasa KL Tower Run ni
Kena rajin training naik tangga/bukit la kan
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,331
Reaction score
2,174
Points
206
Wai Ching pemegang rekod pelari menara Guinness World Records

890021.jpg


KUALA LUMPUR - Pelari menara nombor satu Malaysia, Soh Wai Ching disahkan sebagai pemegang Guinness World Records untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki) dengan jarak 1.295 kilometer yang baharu.


Wai Ching menerima pengesahan itu daripada pengadil Guinness World Record Swapnil Dangarikar dari India, dalam tempoh 48 jam seperti yang dijanjikan, diikuti dengan pengesahan bertulis dari Ibu Pejabat Guinness World Records di London.

"Mencapai rekod dunia ini memang menjadi mana-mana atlet, begitu juga dengan saya dan Persatuan Larian Menara Malaysia.

"Saya berharap dengan kejayaan ini, ia dapat memberi inspirasi kepada semua untuk mencapai sesuatu yang hebat, menjadi kreatif, berfikir di luar kotak, walaupun ketika penularan pandemik Covid-19," kata Wai Ching yang juga presiden Persatuan Larian Menara Malaysia.

Pada Rabu lepas, bertempat di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Wai Ching berjaya mengatasi rekod dunia semasa iaitu 1.227km dalam tempoh sejam yang dipegang oleh David Robles Tapia dari Sepanyol.

Menurut Naib Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia Ravinder Singh dalam kenyataan hari ini, penyampaian sijil rasmi secara maya dijadualkan berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tidak lama lagi.

Ravinder turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan Hotel Four Seasons Kuala Lumpur yang telah memberi bantuan logistik semasa 12 sesi latihan yang diadakan selama sebulan di situ.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami menghargai sumbangan penaja utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allianz, KBS, US Potatoes, Institut Sukan Negara (ISN) dan Yakult. Kami juga ingin mengucapkan penghargaan khusus kepada TNB dan Allianz yang menambah penajaan mereka pada saat akhir semasa timbul perbelanjaan tambahan di luar jangka.

"Dalam menyahut cabaran ini, kami menghadapi banyak rintangan, tetapi kami tetap positif dengan memberi tumpuan penuh kepada usa mencari penyelesaian, satu demi satu. Perjalanan ini menyediakan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar," kata Ravinder. - Bernama

 
Sponsored Post
Top
Log in Register