BTC USD 69,744.9 Gold USD 2,421.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral PENDAKI GUNUNG KINABALU CEDERA DI BAWA TURUN PASUKAN MOSAR

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,707
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,707
Reaction score
887
Points
171
5208.jpeg
5211.jpeg

PENDAKI GUNUNG KINABALU CEDERA DI BAWA TURUN PASUKAN MOSAR

7.12.2023: Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 11.20 pagi daripada Pasukan MOSAR tentang kejadian seorang pendaki Gunung Kinabalu mengalami kecederaan luka di lutut sebelah kaki kanan dan bengkak di KM 6.7 Gunung Kinabalu.

Pasukan MOSAR bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan tersebut. Menurut Pegawai Operasi, PBB Mauries Ubin, Pasukan MOSAR telah melakukan pemeriksaan terhadap kecederaan yang dialami oleh mangsa setelah tiba di lokasi kejadian.

Seterusnya Pasukan MOSAR bersama Malim Gunung dan Park SAR membawa turun mangsa dengan menggunakan kaedah Robinson Stretcher.

Selepas tiba di Timpohon Gate, mangsa yang merupakan warga tempatan, wanita berusia 33 tahun itu diserahkan kepada pihak agen untuk tindakan selanjutnya.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
Back
Top
Log in Register