BTC USD 63,944.2 Gold USD 1,776.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri tersilap rumah

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


LUKUT – Niat jahat dua lelaki yang dipercayai ingin memecah masuk sebuah rumah di Taman Negeri, di sini terbantut apabila mereka tersilap rumah selepas kediaman yang menjadi sasaran sebenarnya berpenghuni.

Penghuni rumah berkenaan, P Kanamah, 47, berkata, dia menyedari pintu hadapan rumahnya sedang cuba diumpil dari luar menggunakan parang oleh seorang lelaki yang lengkap memakai penutup muka.

Menurutnya, ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 10.45 pagi itu, dia berada di dalam bilik untuk mengambil tuala kerana mahu ke bilik air.

“Saya terdengar bunyi yang mencurigakan dari pintu utama rumah dan saya kemudian menyelak kain langsir tingkap berhampiran dengan pintu sebelum terlihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu geril rumah saya.

“Secara spontan, saya terus menjerit sekuat hati dan lelaki itu lari sementara ada seorang lagi rakannya sedang menunggu di atas motosikal jenis EX5 yang enjinnya belum dimatikan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kanamah berkata, semasa kejadian saya hanya tinggal berdua dengan ibu.

"Ketika itu, saya sangat terperanjat dan hanya duduk ketakutan di dalam rumah. Namun kira-kira dua jam kemudian, saya memberanikan diri untuk keluar dari rumah dan terlihat dua lelaki tadi menunggu di persimpangan jalan.

“Saya terus memberitahu seorang jiran berkenaan hal itu dan dia cuba mendekati dua lelaki berkenaan, namun mereka melarikan diri,” katanya.

Katanya, mujur dia menyedari kegiatan lelaki itu yang cuba memecah masuk rumahnya, jika tidak pasti sesuatu kejadian buruk akan berlaku.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pencuri-tersilap-rumah-1.82083
 
Sponsored Post

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
pagi pon leh nk rompak ke,bahaya betul
 

karchis

Active Member
Joined
Oct 26, 2010
Messages
2,386
Reaction score
19
Points
25
standby parang lain kali..klo terperanjat...tetak jer tgn dier..
klo x bernasib baik..tertetak leher ..
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
pagi2 dh mencuri...tunggula malam sikit....
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,823
Reaction score
1,510
Points
151
Ada orang dah tukar tanda "x" kat rumah die. Penyamun pun salah rumah daa :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register