BTC USD 59,726.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri motosikal maut dibelasah

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
Pencuri motosikal maut dibelasah


PASIR MAS - Gara-gara cuba mencuri motosikal, seorang lelaki maut dibelasah orang ramai di Kampung Slow Machang di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lelaki berumur 25 tahun itu mati di Hospital Lati di sini pada pukul 6.40 petang selepas cedera parah dibelasah.

"Lelaki itu dilaporkan cuba mencuri motosikal di bandar ini tetapi telah dikejar oleh orang awam sehingga ke kampung itu dan kemudiannya dibelasah oleh orang awam.

"Kejadian pada pukul 2 petang itu disedari oleh anggota polis yang membuat rondaan apabila melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata, anggota polis terbabit membawa lelaki yang cedera parah di kepala ke hospital.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A iaitu mencuri dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, polis menahan tiga individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan menasihati agar orang awam agar tidak bertindak melampaui batas undang-undang. - BernamaPencuri motosikal maut dibelasah
13/12/2010 1:07pm

PASIR MAS - Gara-gara cuba mencuri motosikal, seorang lelaki maut dibelasah orang ramai di Kampung Slow Machang di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lelaki berumur 25 tahun itu mati di Hospital Lati di sini pada pukul 6.40 petang selepas cedera parah dibelasah.

"Lelaki itu dilaporkan cuba mencuri motosikal di bandar ini tetapi telah dikejar oleh orang awam sehingga ke kampung itu dan kemudiannya dibelasah oleh orang awam.

"Kejadian pada pukul 2 petang itu disedari oleh anggota polis yang membuat rondaan apabila melihat orang ramai mengerumuni mangsa yang terbaring di tepi jalan," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahim berkata, anggota polis terbabit membawa lelaki yang cedera parah di kepala ke hospital.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A iaitu mencuri dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, polis menahan tiga individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan menasihati agar orang awam agar tidak bertindak melampaui batas undang-undang. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

kalau astrok bgtau.hahahaha
 
Sponsored Post

terunesepi

Active+ Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
4,105
Reaction score
63
Points
30
kenapa dipukul samapai mati?...tak ingat dose ke....walau pun dia bersalah....kalau di jalankan hukuman hudud sekalipun ..hukuman nya adalah potong tangan bukan membunuh.....maka yang terlibat korang tanggung dosa tu samapai ke padang masyar nanti jika waris pencuri itu tak maaf kan ko....
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,487
Reaction score
38
Points
80
alahai ..jgn la belasah sampai mati..umur dia 25 tahun..ada masa lagi untuk dia berubah isk isk ..ini hukum hudud sendiri la ni.....
 

maibee71

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
6,785
Reaction score
17
Points
65
blasah sampai patah tangan cukup le. Kalau dia buat lagi blasah sampai patah kaki plak..
 

pokding

Active Member
Joined
Sep 26, 2009
Messages
2,416
Reaction score
20
Points
25
cubit2 dah la... pas tu geletek ramai2...

slow machang ni kampung aku la...hehe
 

brudu

Fun Poster
Joined
Jan 8, 2009
Messages
173
Reaction score
0
Points
10
balasan kepada pencuri..kenapa pukul sampai mati.kasi pecah2 dah le..tp kalau aku jumpa pun aku belasah..
aku pernah hilang moto..yang aku geram waktu sembahyang jumaat lagi 2..dh ins 3rd party.:mad::mad:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register