BTC USD 57,557.0 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri Masuk Perkenal Diri Sebagai Saudara

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
mainpix1.jpg

PASANGAN pengantin baru, Fairul Nizam dan Irmy Natasya antara mangsa terkini kes curi di hari perkahwinan.

PASANGAN pengantin baru, Irmy Natasya Mohamed, 31, dan Fairul Nizam Ablah, 30, agak bernasib baik kerana hanya kerugian wang tunai RM400 selepas tas tangan Natasya dilarikan pencuri.

Mereka bernasib baik kerana ketika pencuri menggeledah bilik pengantin dan bilik khas menempatkan hadiah di rumah pengantin lelaki, wang hantaran tiada di situ kerana ia sudah diserahkan ketika majlis akad nikah berlangsung beberapa hari sebelumnya.

Fairul yang lebih mesra dengan panggilan Roy berkata, kejadian curi itu berlaku hampir dua jam selepas majlis persandingan mereka di Puchong, Selangor dan disedari selepas seorang saudaranya kecoh apabila mendapati begnya di bawah tangga rumah dua tingkat hilang.

Kejadian hanya disedari kira-kira jam 2.30 petang dan mereka terus membuat laporan polis kerana mengesyaki ia dicuri.

Sangkaan mereka memang tepat kerana kira-kira jam 5.30 petang, beberapa anggota polis datang ke rumah pengantin untuk soal siasat laporan kehilangan beg duit dibuat saudara pengantin. Ketika itulah, polis menerima panggilan telefon mengatakan beg itu sudah ditemui.

Menariknya ia ditemui bersama satu lagi beg tangan milik pengantin Natasya oleh orang awam di dalam plastik sampah berhampiran tong sampah pusat beli-belah IOI Mall, Puchong. Saudaranya kehilangan wang tunai RM55 dan baucer barangan bernilai RM100.

Roy berkata, sebelum mereka menyedari kejadian itu, beliau memang ada menemui seorang wanita berbadan besar di dalam rumah tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

“Dia bersalam dengan kami dan minta bunga telur, saya terus bagi sebab sangkakan dia pun ahli keluarga. Katanya, dia saudara sebelah bapa dari Melaka, memang kami ada keluarga di sana, tetapi saya tidak begitu mengenalinya. Jadi saya biarkan dia di situ, tak kan nak halau.

“Rupanya dia sudah lama memerhatikan keadaan dalam rumah, biarkan dua anaknya bermain di sekitar rumah. Apabila keadaan kecoh, barulah kami tahu, sebenarnya tiada sesiapa pun yang kenal wanita itu dan kami syak memang dia yang mencuri,” katanya.

Majlis kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki di PUJ 2/43. Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Selangor diadakan pada 5 Julai lalu, seminggu selepas kenduri di pihak wanita bertempat di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada 29 Jun.

Wanita itu dikatakan hanya duduk di ruang tamu rumah selama beberapa jam dan dipercayai memerhatikan kedudukan kunci rumah terletak di bawah tangga dalam rumah. Beg saudara pengantin juga hilang ketika diletakkan di tempat sama.

Sebelum Natasya menyedari tas tangannya di bilik hadiah tingkat atas hilang, dia menyangkakan mungkin tertinggal di mana-mana tempat termasuk di rumah kakak suaminya yang dijadikan rumah persinggahan untuk bersiap.

Katanya, beliau dan suami mencari di rumah berkenaan tetapi tidak menemui dan menggeledah di seluruh rumah pengantin apabila tetamu sudah pulang.

“Apabila kecoh pasal saudara hilang duit dan kebetulan polis dapat maklumat katakan beg duit saya pun ada bersama dalam plastik sampah, baru saya sedar rupanya beg saya pun dicuri.

“Saya tak tahu apa nak cakap. Kita penat rancang buat kenduri, layan tetamu dan nak pastikan semua berjalan lancar, ada pula manusia tak berhati perut ambil kesempatan mencuri.

“Paling menyakitkan hati, saya sudah batalkan semua urus niaga kad di dalam beg duit saya apabila mengesyaki beg itu hilang. Apabila jumpa semula, saya kena ambil masa lama nak buat laporan bank untuk gunakan semua kad,” katanya.

Wanita itu dikatakan mengambil kesempatan menggeledah dua bilik di tingkat atas termasuk bilik pengantin ketika majlis persandingan kerana ketika itu semua tetamu tertumpu kepada pasangan mempelai di luar rumah.

“Nasib saya baik kerana hanya wang dalam beg tangan dan satu kotak hadiah saja hilang. Wang hantaran yang saya terima pun dalam bentuk cek, jika tidak, tak tahulah apa yang jadi.

“Di bilik hadiah, keadaan bersepah termasuk satu kipas terbalik dipercayai dirempuh pencuri yang agak kelam kabut mencari barang berharga,” katanya.
 
Last edited:
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
macam2 taktik diorang ni...
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,218
Reaction score
833
Points
176
banyak kejadian berlaku... kalau tak duit pun handphone selalu hilang...
 

metaaura

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2007
Messages
6,737
Reaction score
3
Points
65
fuhh len kali kene bagi awal2 la duit tuh..

kalo tak pun kene upah bodyguard tak pon security kat bilik mane ade duit tuh huhuhuh
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Adehh... pencuri x kira tempat! Kenduri kawen pun jadi.. Pasni kena wat kenduri kat balai polis la baru selamat.. huhu..
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
kes camni kat kg aku slalu jadi....

kadang pencuri tu pompuan tua...

dia lepak kat bilik pengantin...

dia nampak ada org tinggal beg tgn je,dia kebas...

kantoi sbb org kg pi jmpa bomoh ar...
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
mcm2 berlaku...mintak dijauhkan..
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
urm.. xkan lah tak kenal saudara mara ??
 

beautifulmind

Active+ Member
Joined
Dec 17, 2005
Messages
3,809
Reaction score
10
Points
25
mainpix1.jpg

PASANGAN pengantin baru, Fairul Nizam dan Irmy Natasya antara mangsa terkini kes curi di hari perkahwinan.

PASANGAN pengantin baru, Irmy Natasya Mohamed, 31, dan Fairul Nizam Ablah, 30, agak bernasib baik kerana hanya kerugian wang tunai RM400 selepas tas tangan Natasya dilarikan pencuri.

Mereka bernasib baik kerana ketika pencuri menggeledah bilik pengantin dan bilik khas menempatkan hadiah di rumah pengantin lelaki, wang hantaran tiada di situ kerana ia sudah diserahkan ketika majlis akad nikah berlangsung beberapa hari sebelumnya.

Fairul yang lebih mesra dengan panggilan Roy berkata, kejadian curi itu berlaku hampir dua jam selepas majlis persandingan mereka di Puchong, Selangor dan disedari selepas seorang saudaranya kecoh apabila mendapati begnya di bawah tangga rumah dua tingkat hilang.

boleh bg link pasal news ni?

paper mane bro?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register