Pencuri komputer nekad terjun bangunan sekolah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN: Seorang lelaki bertindak nekad untuk terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah dekat sini bagi melarikan diri selepas cuba mencuri komputer, semalam.

Bagaimanapun, suspek berusia 35 tahun itu tidak cedera, dan berjaya diberkas seorang pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Nordin Mustapha, berkata ketika kejadian 6.40 pagi itu, pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pandan menemui sebuah komputer di bahagian bawah bangunan sekolah itu.

"Pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu juga mendapati ada tiga utas tali yang berjuntai dari tingkat tiga. Dia kemudiannya berlari ke tingkat atas dan melihat suspek bersama dua lagi komputer yang sudah dibalut dengan kain," katanya di sini, hari ini.

Suspek yang panik melihat pengawal keselamatan itu kemudiannya bertindak nekad terjun ke bawah.

"Suspek bagaimanapun tidak cedera. Selepas terjun, dia cuma terduduk seketika, sebelum pengawal keselamatan itu menahannya," katanya.

Mengikut siasatan awal, suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah dan satu rekod jenayah mencuri. - Bernama
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
syabas pak guard...
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
bila hati dah cemas, memang apa saja boleh berlaku.. >:) >:) >:)
 

isolectwar

Active Member
Joined
Jul 5, 2008
Messages
1,832
Reaction score
4
Points
35
maybe brader tu nk berlatih terjun tiruk kot...:eek::eek::eek:
 

sajul

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 19, 2007
Messages
5,390
Reaction score
29
Points
70
pak guard umur 21 tu lawan pakcik umur 35..power..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register