hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,374
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,374
- Reaction score
- 1,348
- Points
- 201
Lelaki ditahan selepas video aksi curi kabel tular di media sosial
Sungai Petani: Satu video yang tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan tindakan tiga lelaki disyaki sedang mengangkat dan memasukkan kabel ke dalam but kereta membawa kepada penangkapan seorang daripada tiga lelaki itu, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, lelaki itu ditahan tengah hari tadi manakala dua lagi rakannya masih bebas.
Beliau berkata, perbuatan ketiga-tiga suspek didedahkan orang awam menerusi satu video yang memaparkan tindakan tiga lelaki disyaki sedang mengangkat dan memasukkan kabel ke dalam but kereta menyebabkan suspek dikesan pihak polis.
"Tangkapan dibuat sebaik sahaja maklumat diperoleh daripada rakaman gambar dan video yang tular itu.
"Berikutan itu, polis turut merampas sebuah kereta serta beberapa barangan dipercayai kabel dan peralatan memotong kabel," katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Azharudin berkata, tangkapan itu dilakukan berdasarkan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan yang tular itu.
Katanya, pihaknya sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang masih bebas.
Sebelum ini tular di media sosial, video berdurasi 23 saat serta gambar yang memaparkan tiga lelaki berpakaian gelap sedang memunggah barangan ke dalam but kenderaan.