BTC USD 64,712.1 Gold USD 1,788.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri ditangkap ekoran tindakan bijak budak 10 tahun

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pencuri ditangkap ekoran tindakan bijak budak 10 tahun

du_08.1.jpg

Gambar yang dirakamkan oleh Alex Wilson menunjukkan pencuri Craig Royal mengayuh basikal.

DARLINGTON, Britain - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun, Alex Wilson berjaya membantu pihak polis memberkas seorang pencuri dengan merakamkan gambar perompak itu dengan menggunakan telefon bimbit miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu kemudian bertindak memuat turun gambar suspek yang dirakamnya ke laman web sosial Twitter.

Pencuri yang tiada pekerjaan itu, Craig Royal, 24, merompak sebuah iPhone seorang pejalan kaki dan melarikan diri dengan mengayuh basikal di Darlington, County Durham.

Kanak-kanak sekolah itu yang terkejut menyaksikan insiden tersebut ketika menaiki sebuah kereta bersama bapanya bertindak bijak dengan merakamkan gambar suspek dengan telefon miliknya pada 10 September lalu.

Apabila tiba di rumah, Alex bertindak memuat turun gambar tersebut di Internet dengan keterangan gambar: 'Orang yang ***** ini baru sahaja merompak seseorang di Jalan Yarm kira-kira 20 minit lalu.'

Imej rakaman itu kemudian diambil pihak polis yang berjaya membuat pengecaman suspek dan membuat tangkapan.

Ibu Wilson, Mel berkata: "Dia (anaknya) berasa jijik (dengan perbuatan mencuri itu) semasa melihat kejadian rompakan tersebut.

"Justeru dia (anaknya) berasa gembira apabila perompak itu dapat dirakamkan menerusi kamera telefon bimbitnya."

Menurutnya, anaknya berasa amat gembira apabila mengetahui perompak itu telah ditangkap polis. - Agensi
 
Sponsored Post

hazwan17

Super Active Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
bagus budak ni..
guna teknologi dengan sebaiknya
 

untitoxin

Active Member
Joined
Feb 8, 2009
Messages
1,936
Reaction score
97
Points
30
ohoh...prompak tu xprasan kot bdak tu snap gmba die... ;]
 

JiwaTenang

Active Member
Joined
Sep 9, 2008
Messages
2,024
Reaction score
23
Points
30
snap gambar org mencuri ke buat maksiat ke bagus la...
yg jadi katr budak2 kita skang ni..sendiri buat projek baikkk punye,sendiri jadi kameramen...ape daaaaaa..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,981
Reaction score
553
Points
161
bagus sekali,kalau kat malaysia ni walaupun ade gambar belum tentu polis dapat cari
 

fique

Active Member
Joined
Jun 7, 2008
Messages
1,280
Reaction score
3
Points
25
Budak2 zaman IT. Bagus manfaatkan kemudahan yang ada :D :D
 

paklang

Active Member
Joined
Sep 11, 2006
Messages
1,059
Reaction score
7
Points
25
pasni harap2 ade la budak2 kite yg trus muat trun ke web pdrm yk..rakan cop ker hehehe..
contohi la budak ni..advan tul..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register