BTC USD 57,031.8 Gold USD 1,788.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri barang masjid ditahan

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
wj_01.1.jpg

ANGGOTA polis memeriksa peralatan elektrik surau dan masjid yang dicuri seorang lelaki di Bandar Tenggara, Kulaijaya, kelmarin.

KOTA TINGGI 20 Dis. - Polis berjaya menyelesaikan kes pecah surau dan masjid yang berleluasa di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya seorang lelaki di sini semalam.

Suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan di Bandar Tenggara oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Balai Polis Bandar Tenggara hasil maklumat orang ramai kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, penangkapan itu menyelesaikan tiga kes pecah surau dan masjid yang dilaporkan pada 14 November, 6 Disember dan 9 Disember lalu.

"Suspek mengaku melakukan kegiatan tersebut bersama seorang rakannya antara pukul 10 malam hingga 7 pagi iaitu ketika tiada ahli jemaah atau selepas ia ditutup," katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat, suspek kemudian membawa polis ke dua lokasi yang dijadikan tempat menyimpan barangan curi berkenaan.

Katanya, antara barangan yang ditemui adalah 14 buah kipas dinding pelbagai jenama, sepasang pembesar suara (speaker) dan sebuah amplifier.

"Polis masih memburu rakan suspek yang telah dikenal pasti manakala sebahagian daripada barangan kes juga masih belum ditemui," katanya.

Terdahulu sebelum itu, Osman Muhammad berkata, polis berjaya menemui sebuah Proton Satria GTi yang dilaporkan di Batu Pahat pada 15 Disember lalu.

Hasil maklumat orang ramai, katanya, dalam tempoh kurang daripada setengah jam, polis berjaya menahan dua suspek berusia 17 dan 23 tahun di Taman Anggerik Bandar Tenggara.

"Suspek menaiki kenderaan yang dicuri itu dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.
 
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Messages
22,317
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
mmmmmmmmmmmmmm...

kena ada pak guard jaga masjid/surau plak lepas ni.................

kena pantau
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
hish minta2 kena hukuman segera org ni..biar dia serik.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register