BTC USD 60,189.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan kpd rakan kpd rakan kpd saudara saya baru-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU2 Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.


Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...

Semoga peristiwa ini juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ni aku amik dari satu forum....
pada sesiapa yg punyai anak2 yg aktif sila berwaspada....
 
Last edited:
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
celaka btoi ..............mmg ada kes sblm ni terjadi ntah d mana

dapat aku sebat pompuan tu..............
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
dapat pompuan ni lunyai,dtg negaro org buat hal
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
perkara gini le yg aku selalu takutkan klu g shopping...

anak2 aku da la suka sgt main bawah baju2 yg tergantung tuh....

nauzubillah...
 

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
selalu jadi mcm ni.....kadang2 anak mat salleh pun boleh jumpa....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register