BTC USD 63,044.6 Gold USD 1,742.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencemaran Sungai: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Ketil

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
Pencemaran Sungai: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Ketil

Situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan kerana Sungai Ketil sebelum ini merupakan lubuk ikan kelah dan menjadi kawasan rekreasi utama untuk seisi keluarga di daerah Gua Musang. - Astro AWANI


GUA MUSANG: Ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan sejak tiga minggu lalu.
Namun, sejak tiga hari lalu pula, kejadian kematian ikan sekali lagi berlaku secara misteri dipercayai disebabkan aktiviti pencemaran di kawasan hulu sungai.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan kerana Sungai Ketil sebelum ini merupakan lubuk ikan kelah dan menjadi kawasan rekreasi utama untuk seisi keluarga di daerah Gua Musang.

Penduduk Taman Wangi, Wan Edi Wan Abdullah mendakwa pencemaran sungai itu berlaku berulang kali akibat pelepasan sisa buangan yang dilakukan oleh pengusaha kilang di Kawasan Perindustrian Gua Musang.

"Tidak diketahui punca dan kita hendak tahu punca. Kalau boleh tidak mahu jadi benda begini. Kalau boleh kita berkolaborasi dengan kilang untuk menjaga sungai kita.

"Sebab kebanyakan kilang berada di hulu sungai. Kita hendak minta dicantikkan sungai di sini. Boleh jadi sebagai tempat riadah yang terkenal di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi, Rizal Ghazali menjelaskan, tidak mengetahui punca pencemaran yang menyebabkan khazanah sungai terbiar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim yang turut meninjau kawasan rekreasi itu, berharap pihak berwajib terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) segera bertindak menyiasat perkara berkenaan

"Pencemaran ini pernah berlaku berulang kali di kawasan ini kerana sungai ini di atas kawasan perindustrian. Pada tahun 2019 berlaku pencemaran yang mendadak sehinggakan beberapa kilang ditutup.

"Justeru kita tidak mahu perkara sama berulang. Saya mengharapkan agar pihak berwajib mengambil tindakan segera kerana tempat ini telah digazetkan sebagai tempat riadah dan rekreasi baru-baru ini," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini kelengkapan kemudahan untuk orang awam giat dilakukan oleh Majlis Daerah Gua Musang termasuklah pembinaan dataran, kiosk jualan, naik taraf tangga dan kemudahan lain untuk orang awam.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register