Pencari Kerja Di Diskriminasi Boleh Buat Aduan

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,395
Reaction score
2,008
Points
176
17.10.2019 - Kuala Lumpur, Kerajaan tetap mengambil tindakan sekiranya wujud diskriminasi oleh majikan terhadap pemohon kerja walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus yang melindungi golongan itu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, Akta Kerja 1955 sedia ada lebih menjurus menjaga kepentingan mereka yang telah bekerja dan pencari kerja pula belum termasuk dalam skim pekerjaan.

Mahfuz berkata, walaupun terdapat pihak menyatakan kebimbangan mengenai diskriminasi terhadap pencari kerja namun kementerian itu tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara tersebut.

Namun, katanya, pencari kerja yang melalui pengalaman didiskriminasi boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan.

“Majikan berkenaan akan ditegur supaya mengelak daripada melakukan perbuatan tersebut,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai langkah untuk melindungi pencari kerja, selepas menghadiri majlis minggu bahasa peringkat Kementerian Sumber Manusia, di sini, hari ini.

Mengambil contoh tindakan terhadap sebuah syarikat di Sungai Petani, Kedah yang mengiklankan hanya mencari pekerja yang fasih berbahasa Mandarin, Mahfuz berkata, kecuaian membuat iklan sedemikian telah memberi persepsi majikan bersifat perkauman.

Walaupun tiada aduan rasmi, pihaknya, telah menghubungi majikan terbabit dan dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan, yang majoritinya pekerja Melayu, memerlukan pekerja yang fasih berbahasa Mandarin atas faktor keperluan perniagaan, katanya.

“Kecuaian membuat iklan yang tidak cermat telah menimbulkan salah tafsir umum tetapi setelah diberi nasihat, syarikat tersebut memohon maaf atas kesilapan yang berlaku,” katanya.

Beliau turut menegaskan adalah tidak wajar majikan meletakkan kelayakan diambil bekerja berasaskan isu-isu bersifat diskriminasi seperti jantina, bangsa, agama, kehamilan atau memakai pakaian menutup aurat.

Kementerian juga sentiasa berinteraksi dengan pihak majikan melalui pelbagai pendekatan seperti Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan bagi mengingatkan mereka supaya tidak melakukan amalan diskriminasi dalam pengambilan pekerja, katanya.

Pada Ogos lalu, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran dilaporkan berkata, Akta Kerja 1955 sedang disemak semula untuk dipinda dan dibawa ke Dewan Rakyat antara lain berkaitan isu diskriminasi di tempat kerja.



Berita asal https://selangorkini.my/2019/10/pencari-kerja-didiskriminasi-boleh-buat-aduan/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,526
Reaction score
1,259
Points
206
tiada peruntukan undang-undang.
maknanya report pun masuk tong sampah sahaja. tegur pun bukan dapat apa.

mahfuz ni pun belajar tak pandai.
tapi bagi cadangan tu biarlah berotak sikit.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,041
Reaction score
218
Points
73
Xdk aduan ka.....yb check la brp ramai dh bersuara mcm nie.....ka yb jaga periuk nasik yb ckp bg lepas batuk di tangga ja.....dl yb kan jatuh....mn pi jaguh tu hilang hbs dh ka yb
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,395
Reaction score
2,008
Points
176
masa kerja undder company .. saya xfikir deduct EPF/SOCSO .. maasa kampeni I tenat baru perasan cekk internet .. kampeni saya x deduct EPF pun, gi JTK Subang Jaya .. daaapat .. sue balik masa tu saya tak pandai law2 pekerja .. dapat duit tu ..
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,395
Reaction score
2,008
Points
176
Xdk aduan ka.....yb check la brp ramai dh bersuara mcm nie.....ka yb jaga periuk nasik yb ckp bg lepas batuk di tangga ja.....dl yb kan jatuh....mn pi jaguh tu hilang hbs dh ka yb
bising bro .. hentak meja macam saya .. baru nak panggil IO (JTK) .. kalau saya diam? ex-kampeni saya setahun tak potng EPF tau? amik 55k .. kecik ke duit tu?
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,395
Reaction score
2,008
Points
176
Xdk aduan ka.....yb check la brp ramai dh bersuara mcm nie.....ka yb jaga periuk nasik yb ckp bg lepas batuk di tangga ja.....dl yb kan jatuh....mn pi jaguh tu hilang hbs dh ka yb
usia saya patut dah 1.5k ACC 2 ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register