dloanman
CG Top Poster Club
- Messages
- 41,516
Top Poster #10
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 41,516
- Reaction score
- 4,232
- Points
- 266
- Awards
- 1
Penerima menunjukan surat tawaran pemilikan tanah selepas Majlis Penyerahan Notis 5A penduduk Indian Settlement di Balai Penghulu Mukim Batu, Jalan Sungai Tua pada 21 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR
by Khairul Azran HussinFebruari 21, 2020 2:24 pm
BATU CAVES, 21 FEB: Penantian hampir 40 tahun penduduk Kampung Indian Settlement terlerai apabila memperoleh Notis 5A yang disampaikan sendiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di sini, hari ini.
Notis 5A ialah pemberitahuan bahawa tanah terbabit diluluskan kerajaan untuk menjadi hak milik dengan menjelaskan bayaran premium ditetapkan.
Penerima, Kaldeep Kaur, 40, menyifatkan pemilikan tersebut hadiah paling berharga hasil perjuangan penduduk puluhan tahun lalu.
Kaldeep kaur ketika ditemu bual SelangorKini selepas Majlis Penyerahan Notis 5A penduduk Indian Settlement di Balai Penghulu Mukim Batu, Jalan Sungai Tua pada 21 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
“Saya ucap terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa peka dengan masalah rakyat serta mempermudahkan urusan kami mendapatkan hak,” katanya yang merupakan salah seorang daripada 38 penduduk yang menerima Notis 5A.
Pandangan sama turut dikongsi Amandeep Singh, 27, yang memberitahu keluarganya hampir berputus asa untuk mendapatkan hak milik tanah.
“Hari ini saya datang menemani bapa ambil Notis 5A dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana berpegang kepada janji untuk selesaikan isu penduduk Kampung Indian Settlement,” katanya.
Marathemuttu A/L Veluketika ditemu bual SelangorKini selepas Majlis Penyerahan Notis 5A penduduk Indian Settlement di Balai Penghulu Mukim Batu, Jalan Sungai Tua pada 21 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI