Penangguhan Kutipan Wang Ses Beri Faedah Kepada 355,000 Pekebun Getah

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,167
Reaction score
8,754
Points
2,226
KUALA LUMPUR, 28 Mac - Sejumlah 355,000 pekebun kecil akan mendapat faedah daripada penangguhan sementara wang ses getah yang akan berkuat kuasa mulai 1 April ini, sehingga harga getah negara stabil

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membuat penangguhan itu berikutan ketidakstabilan harga komoditi menyebabkan penurunan harga getah dan memberi kesan kepada pendapatan pekebun kecil di negara ini

"Penangguhan potongan wang ses sebanyak 14 sen sekilogram yang dikenakan sebelum ini, dijangka dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun getah antara RM38 dan RM50 sebulan

"Kerajaan bersetuju menangguhkan kutipan wang ses kepada pekebun-pekebun kecil sehingga harga getah meningkat kepada RM5.50 untuk SMR (Harga Getah Standard Malaysia)," katanya

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet di peringkat kementerian itu bagi membincangkan cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil komoditi industri, di sini Isnin

Mesyuarat pertama kali diadakan itu tahun ini, membincangkan mekanisme pelaksanaan tersebut secara terperinci bersama agensi berkaitan seperti Lembaga Getah Malaysia, RISDA, Jabatan Kastam serta kerajaan Sabah dan Sarawak

Kementerian itu juga bersetuju menjalinkan kerjasama dengan kementerian lain terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar pekebun kecil tidak bergantung kepada tanaman komoditi sahaja

"Daripada perancangan yang kita buat itu, pendapatan mereka (pekebun kecil) boleh ditingkatkan antara RM500 dan RM1,000 sebulan

"Pelbagai program kita (kementerian) rancang seperti pertanian jangka pendek, ternakan, perikanan dan sebagainya untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil," katanya

Selain itu, kementerian turut bersetuju mewujudkan satu memorandum bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi mencadangkan beberapa insentif lain yang akan dibawa untuk pembentangan di kabinet dijangka pada pertengahan April ini, katanya
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,703
Reaction score
402
Points
86
kerajaan yang zalim.
getah sekrap dah tutun rm1.50 sekilo baru cadang hentikan sementara cukai Wang Ses.

Wang Ses ni senang kata pekebun kecil getah bagi derma 14 sen setiap kilogram getah kepada najib :mad:
 

alpine_star

Legendary Member
Joined
Oct 3, 2010
Messages
13,876
Reaction score
116
Points
123
kerajaan yang zalim.
getah sekrap dah tutun rm1.50 sekilo baru cadang hentikan sementara cukai Wang Ses.

Wang Ses ni senang kata pekebun kecil getah bagi derma 14 sen setiap kilogram getah kepada najib :mad:
Klo ko dgr cite psl beras, lg sakit hati bro...smua nih same kes mcm nelayan la..org tgh jutawan, yg bt keje tungkus lumus miskin...sampai skrang aku xphm...~X(
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,842
Reaction score
570
Points
161
Orang tengah dan pemegang permit serta AP ni semua kroni.

Kroni mesti mau jaga.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register