BTC USD 61,357.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penampilan baru Asmirandah dalam - ‘Dalam Mihrab Cinta.’

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Penampilan baru Asmirandah


dmc_small.jpg


berita_Thumbdmc4.jpg


asmirandah-kpl-001.jpg


asmirandah-dalam-mihrab-cinta.jpg


JAKARTA: Aktres, Asmirandah akan muncul dengan penampilan berbeza dalam filem terbarunya - ‘Dalam Mihrab Cinta.’

Dalam filem berkenaan, gadis berusia 21 tahun itu akan memegang watak gadis sederhana, Silvi, yang baru belajar menutup aurat.


Namun, Asmirandah berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk memegang peranan itu, lebih-lebih lagi dia sering memainkan watak protagonis, baik dalam drama televisyen mahupun filem.

“Tidak banyak bezanya antara filem dengan drama televisyen. Alhamdulillah, saya tidak mempunyai masalah untuk memegang watak Silvi dalam filem terbaru saya,” katanya di sidang akhbar di Menteng, Jakarta Pusat, semalam.


Dalam kehidupan seharian, Asmirandah yang berdarah Belanda berkata, dia memang sudah ada hasrat untuk memakai tudung.


Dan ketika ini, aktres itu yang berlakon dalam drama bersiri ‘Syurga Mu,’ masih berusaha menguatkan hati untuk bertudung.

“Yang penting niatnya dulu,” kata aktres itu yang lebih mesra dengan panggilan Andah.


Katanya, dia menaruh harapan agar filem yang dilakonkan bersama Dude Herlino itu akan membawa pengajaran baik kepada penonton.

- H.Metro
 
Sponsored Post

matnor04

Active+ Member
Joined
Mar 15, 2007
Messages
4,050
Reaction score
6
Points
25
kalau dah popular , janganlah pula jadi seksi heheheheh
 

mentadaklaut

Active Member
Joined
Jul 11, 2010
Messages
2,353
Reaction score
19
Points
25
bro...dia nih mmg seksi la...tp baguslah kl dpt kekalkan imej macam nih...nak tgk gmbr2 seksi beliau? taip 'Asmirandah' kat google...eheh...xdek la seksi sgt...sbb sikit ja gmbr pakai short...

p/s : terlalu lawa...xsesuai utk aku...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register