BTC USD 57,367.7 Gold USD 1,787.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penaja utama Woods, Nike beri sokongan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
ORLANDO: Tiger Woods memperoleh apa yang amat diperlukan apabila penaja utamanya, Nike memberi sokongan terhadap pemain golf nombor satu dunia itu ketika berdepan dengan kemelut rumah tangga serta kontroversi hubungan sulitnya dengan wanita lain.

Pengerusi Nike, Phil Knight, berkata beliau percaya semua 'ribut' yang melanda rumah tangga Woods akan berakhir selepas ini.

Nike, syarikat pakaian dan barangan sukan Amerika Syarikat itu sudah menjadi penaja utama Woods sejak beliau memulakan kerjaya profesional golfnya pada 1996 sehingga sekarang.

Knight memberitahu Sports Buisness Journal semalam bahawa: "Saya fikir beliau seorang yang hehat. Apabila kariernya berakhir, anda akan lihat bahawa semua kekecohan yang melanda ini adalah perkara kecil saja tetapi diperbesarkan media."

Berbeza dengan Accenture, syarikat pengurusan dan teknologi yang beribu pejabat di Dublin pada Ahad lalu pula mengumumkan penamatan penajaannya selama enam tahun terhadap Woods.

"Woods tidak lagi bersama Accenture dalam sebarang bentuk pengiklanan syarikat," kata syarikat itu.

Semalam, Gillette pula akan mengeluarkan Woods dalam jenama iklannnya sepanjang tempoh berehat yang diumumkan Woods minggu lalu.

AT&T, yang membantu Woods dalam Jelajah PGA di Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut: "Ketika ini kami masih menilai 'hubungan' dengan Woods."

Sementara itu Knight berkata, beliau mengakui penajaan terhadap Woods "menjadi sebahagian daripada pembangunan jenama" dan apabila menggunakan atlet, Nike tidak boleh mengelak daripada berdepan risiko.

"Oleh itu, antara perkara utama yang kami lakukan apabila menggunakan nama besar dalam pengiklanan kami, kami akan memeriksa karektor dan corak seseorang itu.

"Namun apa yang kami peroleh tidak semestikan tepat setiap masa, dan apabila kita terbabit dalam perniagaan, kami perlu mengiktirafnya," katanya.

"Dalam kes Woods, kami memang sudah memeriksanya sebelum ini dan rekod Wood bersih," katanya. - AFP
 
Sponsored Post

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
tiger woods da kaya, bila skandal dia meletup pun ramai gak yang jadi jutawan...:D:D:D





:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register