Penagih dadah ditahan bunuh ibu

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,226
Reaction score
3,177
Points
201
KUALA LUMPUR: Seorang penagih dadah ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibunya bagi mendapatkan wang di kediaman mangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara, malam tadi.

Mangsa berusia 70-an ditemui dalam keadaan terduduk di sofa oleh sepasukan anggota polis yang ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 10.10 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner C S Shanmorgamorthy, berkata hasil pemeriksaan menemui kesan bengkak pada tangan dan mata serta kesan darah di kedua-dua belah kaki selain luka pada bahagian atas kepala mangsa.

"Hasil siasatan awal, suspek dipercayai pulang ke kediaman itu kira-kira jam 7.30 malam dan mengejutkan mangsa yang sedang tidur sebelum berlaku pergaduhan di antara mereka.

"Suspek dipercayai memukul mangsa dengan objek tumpul menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shanmorgamorthy berkata, suspek berusia 38 tahun yang ditahan didapati positif dadah jenis ganja dan heroin selepas ujian saringan kencing dilakukan.

"Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah dan kini direman selama 12 hari sehingga 15 Ogos ini untuk membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan pada masa ini kita sudah merakam keterangan beberapa saksi berhubung kes itu," katanya.

 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,770
Reaction score
779
Points
121
Smp bila la berita sebab dadah nie akan berenti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register