zackpenang
Super Active Member

- Messages
- 5,146
- Joined
- Jan 9, 2010
- Messages
- 5,146
- Reaction score
- 1,788
- Points
- 151
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Macam berlebihan sangat dia niKalau tgk yg beriya2 ahli politik sebenarnya.
Supaya nampak konon depa la pembela bangsa dan agama.
X berniat menghina? Ini baru speechless.Individu didakwa menghina Agong mohon maaf
![]()
Hantaran yang dimuat naik oleh Hezry Yasin.
JOHOR BAHRU – “Saya mohon maaf atas kekhilafan saya,” demikian hantaran dimuat naik oleh Hezry Yassin yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di laman media sosialnya sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Dalam hantaran itu, Hezry berkata, dia terkejut selepas hantaran yang dimuat naik berkaitan isu doa untuk Sultan atau Agong menjadi viral.
“Jujur saya agak ‘speechless’.
“Saya mohon maaf atas kesilapan saya,” katanya sambil berkata hantaran itu adalah pandangan peribadinya.
Katanya, dia langsung tak ada niat menghina institusi beraja, cuma sekadar pandangan daripada diri sendiri.
“Apa-apa pun, sekali lagi saya mohon maaf buat semua. Dan saya tidak menafikan doa untuk sesama Muslim itu sangat baik.
“Semoga Malaysia menjadi sebuah negara seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah As-Saba,” ujarnya.
Hari ini Ketua Pemuda UMNO Johor Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan polis mengenai hantaran yang dimuat naik individu berkenaan.
Tindakan itu bagi menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.-MalaysiaGazette
Cepat sangat rebah bang hezry. Rilek2 sudah lah. Ramai je orang melayu backup dia.Sempat bg khutbah tu
![]()
Apa-apa pun, sekali lagi saya mohon maaf buat semua. Dan saya tidak menafikan doa untuk sesama Muslim itu sangat baik.
“Semoga Malaysia menjadi sebuah negara seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah As-Saba,” ujarnya.