BTC USD 103,681 Gold USD 3,251.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda singgah kampung bunian di Taiping, buat ‘tour’ tunjuk makhluk pakai serba putih... Rupanya netizen boleh nampak!

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,351
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,351
Reaction score
1,039
Points
151

553.jpg

Seorang pemuda berkongsi video sebuah kawasan didakwa menjadi perkampungan bunian di Taiping.


SEORANG individu mendakwa dia mempunyai kebolehan untuk melihat perkara ghaib termasuklah perkampungan bunian yang wujud di sebalik alam manusia biasa.

Menerusi video terbaharu di TikTok, pemuda dikenali sebagai Amy Rockstaritu turut membuat rakaman video di Taiping, Perak, iaitu lokasi yang didakwa menjadi penempatan bunian.

Pada permulaan video, dia menghalakan kameranya ke arah dua batang pokok yang dikatakan menjadi pintu gerbang untuk masuk ke perkampungan berkenaan.

2385772.jpg


Bunian dikatakan wujud di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. -Gambar hiasan

"Kebetulan aku lalu kat sini, aku rasa macam nak singgah je kat perkampungan bunian ni. Jadi aku masuklah. Ini pintu gerbang, satu pokok sini satu, satu pokok lagi kat situ.

"Dua pokok ini menjadi pintu gerbang untuk perkampungan bunian. Okey kat sini kalau siapa yang mata hijab terbuka boleh nampak bekas macam pasu besar, ada bara yang mengeluarkan asap berbau wangi. Ada dua pasu besar kat pintu gerbang," ujarnya.

Dia kemudiannya terus berlegar-legar di kawasan itu dan menunjukkan beberapa lokasi berdekatan yang dikatakan penuh dengan orang bunian berpakaian serba putih.

Kalau ada kawan-kawan hijab terbuka, cuba pergi check kebolehan dia dapat daripada mana?​

AMY ROCKSTAR​

"Aku teruskan ya, dekat pokok ini kawasan orang lelaki bunian berpakaian putih, sembang-sembang. Ada tikar duduk ramai-ramai. Ada 20 orang lebih kat sini.

"Ada juga tempat macam gazebo besar, ada lebih kurang 30 orang kat sini. Gazebo besar macam tempat dia belajar, mengaji sini. Daripada baby sampai budak umur 9 hingga 10 tahun.

"Tenaga pengajar wanita bertelekung putih. Corak tu tiada kat dunia manusia, putih bersih," ujarnya menerusi video yang meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Menurut pemuda itu, dia menghasilkan video tersebut kerana mahu mencari individu lain yang mempunyai kebolehan sama dengannya.

Dalam perkongsian itu, dia turut meminta individu yang mempunyai kebolehan itu untuk berubat kerana berkemungkinan mereka didampingi jin atau saka.

"Sebenarnya banyak kali aku buat video perkampungan bunian, video nampak makhluk lain tu, aku nak mencari seberapa ramai orang yang hijab terbuka. Supaya kalau ada kawan-kawan hijab terbuka, cuba pergi check kebolehan dia dapat daripada mana?

"Setahu aku dan pakar-pakar aku jumpa, biasa manusia kumpulan mata hijab terbuka ni dua sebab je. Pertama memang anugerah beserta ilmu perubatan Islam yang dia perlu berguru, bukan ambil dalam mimpi atau barang-barang.

"Yang kedua sebab yang aku paling risau. Sebab kebanyakan orang yang mata hijab terbuka ni, yang kami jumpa dan kami tahu, dia ada pendamping, saka dan jin. Jadi nak dapat kepastian, kena pergi check di mana-mana pusat rawatan terdekat, minta buang," ujarnya lagi.

Tambah pemuda itu, dia yakin orang bunian di perkampungan itu tahu mengenai niat sebenar kehadirannya yang membuat rakaman video di kawasan mereka.

2385771.jpg


Tangkap layar video yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok.

"Kita orang Islam tak boleh bergantung pada makhluk selain Allah, jadi syirik. Jadi aku rasa tugas aku ialah menjauhi orang daripada syirik.

"Bunian yang ada kat sini pun dia tahu niat aku ialah itu satu, aku tak ada niat lain. Aku cuma nak mencari manusia hijab terbuka dan semak kebolehan mereka. Untuk menjauhi mereka daripada syirik," kataya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut mendakwa mereka mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib.

"Alhamdulillah. Hamba nampak apa yang tuan hamba nampak.

"Cantik juga kampung mereka. Saya nampak dengan jelas.

"Cantik perkampungan alam bunian ni,besar kampung ya," tulis beberapa netizen.

 
Sponsored Post

Benda mmg wujud, boleh rujuk Al-Quran.
Simple nak hadam..

Dimana kisah2 misteri disebutkan..

Cth kisah Nabi Sulaiman..

Cuma Apabila datang kepada Umat Nabi Muhammad, Nabi kita tak nak lebih daripada Nabi Sulaiman.. Maka ilmu tu xda dalam Hadis2 Nabi kita..

Namun begitu, jika Allah izinkan maka korang akan diuji mengikut kemampuan korang..

Ada benda jangan minta.. Bila minta dapat.. Ada amanah nak kena pikul..

Yang x nmpk chill sudah..
Aku memang x nampak..
Malas ambil tau.. Tapi kita yakin..

Sebab tu bila cerita bab ilmu, Takda sempadan..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register