BTC USD 62,022.8 Gold USD 1,766.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda putus tangan ditetak ketika cuba pecah masuh rumah

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
16
Points
30
BESUT: Seorang lelaki putus tangan akibat ditetak ketika cuba memecah masuk rumah seorang penternak ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan, dekat sini awal pagi tadi.

Tangan kiri pemuda berusia 28 tahun itu putus akibat dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata sebelum kejadian pemilik rumah berumur 49 tahun itu tersedar daripada tidur dan ternampak bayang seseorang yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap.

"Dengan bersenjatakan sebilah parang, secara senyap-senyap, tuan rumah itu keluar daripada rumahnya dan menghampiri suspek yang sedang leka mengumpil tingkap rumah berkenaan dengan sebatang besi.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran tumah rumah itu cuba menyerang dengan besi berkenaan, namun tangan kiri suspek sempat dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan," katanya di tempat kejadian.

Suspek yang didapati berasal dari Setiu terus melarikan diri manakala tangannya yang terputus dari paras pergelangan tangan tertinggal di tempat kejadian.

Kamaruddin berkata, tuan rumah tersebut kemudiannya membuat laporan polis.
Polis yang dikejarkan ke tempat kejadian telah menjumpai tangan suspek yang putus itu dan menghantarnya ke Hospital Daerah Besut.

"Seterusnya melalui kesan darah dari tangan suspek yang cedera, suspek akhirnya ditemui berada di sebuah chalet di Bukit Keluang dalam keadaan lemah dan berlumuran darah beserta seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang sedang menangis ketakutan," katanya.

Suspek dan tangannya yang putus kemudiannya dihantar ke Hospial Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kamaruddin berkata, suspek sebelum itu telah menyewa chalet berkenaan yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah yang mahu dicerobohinya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Remaja itu yang berasal dari Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan mendawa dia adalah isteri suspek.

Dalam kejadian berasingan, seorang wartawan Sinar Harian bagi Daerah Besut kehilangan kenderaan pacuan empat roda ketika beliau sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Baharu semalam.

Mohd Taha Yaacob, 42, berkata kenderaannya itu diletakkan di tempat letak kereta hanya 20 meter dari pintu masuk pusat beli-belah berkenaan dan hanya menyedari kehilangannya selepas selesai membeli-belah kira-kira jam 8 malam.

Katanya, beliau kerugian kira-kira RM20,000 termasuk kehilangan dua kamera yang digunakan ketika bertugas yang ditinggalkan di dalam kenderaan itu. - BERNAMA
 
Sponsored Post

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
oh sudah! apa sudah jadi....tak cukup duit nak buat apa sampai pecah umah org..tak pasal2....hilang tangan,.,,
 

aznor59

Active+ Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
tak yah tunggu hukuman dah...terus bagi hukuman hudud ajer......sure tajam parang tuan rumah tu..yang pergi pecah masuk rumah orang apa hal..kan tak pasal putus tangannnnnn
 

zaimi2

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Mar 21, 2008
Messages
15,045
Reaction score
390
Points
131
ni baru best... hukum hudud di laksana kan
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,798
Reaction score
34
Points
30
kan dah dapat CASH.. lain kali sebelum buat jahat tu fikir dulu... kalau kena, tak berbaloiii..
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Apa kaitan remaja tu ngn wartawan sinar harian??
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register