BTC USD 57,878.3 Gold USD 1,795.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PAS TENTANG pilihanraya PBT dikala DAP bertegas maukannya

Anda setuju pilihanraya majlis tempatan diadakan?


  • Total voters
    0

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Pemuda PAS tolak pilihanraya PBT
14 Mar 2010 9:38AM
Perang dingin antara pakatan pembangkang yang kononnya sudah reda, kembali membuak, ketika ini.
Keadaan itu berlaku ekoran tindakan Dewan Pemuda Pas hari ini yang membuat kenyataan terbuka mengkritik cadangan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan diadakan di Pulau Pinang dan Selangor.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, cadangan itu perlu terlebih dahulu dibahas secara matang dan terperinci oleh pakatan pembangkang dengan mengambil kira maklum balas oleh seluruh rakyat di kedua-dua negeri itu.

"Dewan Pemuda Pas berpendapat bahawa pilihan raya PBT itu masih belum sesuai untuk dilaksanakan pada masa ini kerana kita masih berhadapan dengan satu sistem pentadbiran dan pilihan raya yang masih lagi korup dan tidak telus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas Pusat di sini hari ini.

Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini dilaporkan akan mengadakan semula proses pilihan raya PBT, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.

Nasrudin berkata, pihaknya sedar tujuan pilihan raya itu mahu diadakan semula ialah untuk membasmi masalah penyelewengan dalam PBT dan melibatkan penyertaan rakyat secara langsung.

Bagaimanapun, katanya, apa yang menjadi masalah ialah sistem induk utama di luar masih lagi berlaku penyelewengan dan ia perlu terlebih dahulu dipulihkan sebelum dilaksanakan cadangan itu.

"Perkara asas iaitu pengendalian pilihan raya dan amalan sistem demokrasi negara ini masih lagi tidak telus dan pulih.

"Jadi sebaiknya pulihkan dulu perkara itu sebelum dilaksanakan perkara selebihnya, jika tidak ia akan menjadi sia-sia kerana matlamat murni pilihan raya PBT itu pasti tidak akan tercapai," katanya.

Tambah beliau, kedua-dua kerajaan itu perlu melihat model pelaksanaan yang diamalkan oleh Kerajaan Pas Kelantan yang berjaya mentadbir PBT mereka selama lebih 20 tahun tanpa berlakunya sebarang penyelewengan.

Dalam perkembangan berasingan, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan polis kerana didakwa telah menahannya secara salah pada 9 Mac lalu.

Mazlan mendakwa, tindakan polis yang menggunakan berpuluh-puluh anggota bagi mengepung jalan masuk ke Felda Lembah Klau, Raub, Pahang dan rumah peneroka yang dikunjunginya, seolah-olah beliau seperti penjenayah besar dan berbahaya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat mendakwa Felda telah mengeluarkan pekeliling yang mengharamkannya daripada memasuki mana-mana Felda.

Menurutnya, tindakan Felda tersebut merupakan pencabulan ke atas haknya untuk bergerak bebas di negara ini.

Sebelum ini, Anak telah menuduh agensi kerajaan itu telah menindas dan menganiaya peneroka, malah mereka juga telah membuat beberapa laporan polis terhadap pengurusan Felda termasuk memasuki tanah-tanah rancangan untuk berceramah mengenai penyelewengan yang didakwa berlaku itu.
 
Last edited:
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
ok la tuh..kene dengan konsep dan gagasan 1malaysia..RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN :eek:
 

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
kenapa Karpal singh bertegas menyatakan pendirian..tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya membisu? takut kehilangan undi kaum bukan cina?
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
kenapa Karpal singh bertegas menyatakan pendirian..tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya membisu? takut kehilangan undi kaum bukan cina?

bagaimana pandangan UMNO dan Barisan Nasional..?:-?
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
ada dalam perlembagaan tak pilihan raya majlis tempatan nih?kalu ada akta mana?
 

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
6-1..ramai yg menentang? Kuhik apa pendirian anda?
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
kalu benda nih ada dalam akta..maka kene la wat..tapi kalu disandarkan pada sejarah lama..kenapa nak ungkit2 pasal pilihan raya majlis tempatan..lagi pun kalu semua nak pilihan raya..gamaknya imam masjid nanti pun nak pilih kene wat pilihan raya masjid gak..
 

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
6-1..ramai yg menentang? Kuhik apa pendirian anda?

pendirian saya?
asalkan bukan UMNO sudah ler..

ingat setiap isu tu terus kena kuar statement ke? at least biarlah dia buat kajian ke, soal jawab ke dulu sebelum kuar statement. haiya...bukan main hentam terus nak kuar statement..

seperti kata Nazri, ahli UMNO memang boddoh dan banggang...


p/s: besh betul ulang kata-kata keramat Nazri nie...
 

Shukz Isma

Super Active Member
Messages
5,511
Paid Membership
Joined
Sep 6, 2007
Messages
5,511
Reaction score
15
Points
70
selamat kembali iswara hijau...
 

Peecock

Active Member
Messages
1,265
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
pendirian saya?
asalkan bukan UMNO sudah ler..

ingat setiap isu tu terus kena kuar statement ke? at least biarlah dia buat kajian ke, soal jawab ke dulu sebelum kuar statement. haiya...bukan main hentam terus nak kuar statement..

seperti kata Nazri, ahli UMNO memang boddoh dan banggang...


p/s: besh betul ulang kata-kata keramat Nazri nie...

memang bagus saudara punya akhlak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register