BTC USD 24,620.2 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PAS Promosi ‘Nikah Gantung’ Atasi Masalah Buang Bayi.Good Idea PAS!!!

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi
Oleh Radzi Razak
August 23, 2010

Nikah gantung boleh mengelakkan rasa panik dalam remaja mengandung, kata Nasruddin. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
kene faham isu sebenar...apa jaminan sekolah anak zina ni akan selesaiakn permasalahan ZINA??

bagimana nak selesai sekiranya yg berzinar tu adalah mat mat rempit?
bagaimanna nak selesai sekiranya yg berzinar tu adalah VVIP?
bagaimana nak selesai sekiranya yg berzinar tu adalah Pendatang HARAM?
bagaimana nak selesai sekiranya yg berzinar tu adalah PLAYBOY?
bagaimana nak selesai sekiranya yg berzinar tu adalah PEROGOL BERSIRI?

sekolah tu bukan nak selesaikan masalah ZINA tapi nak selesaikan masalah BUANG BAYI...sapa yg untung??? PENZIAN2 la yg untung 100%

sampai kiamat ZINA x kan selesai dgn kewijudan sekolah ni sebab masalah yg membebankan PENZINA2 ni telah di uruskan oleh krjaan amco...PENZINA2 tersebut kan MENGGUNAKAN PELUANG sekolah ni utk menjahanamkan umat Islam...paham???

jadi sekarang semua persoalan yg timbul akibat dari sekolah anak2 haram tajaan amco telah selesai dgn IDEA BERNAS PAS!!!

mereka2 yg diatas TAK BOLEH LARI DARI TANGGUNGJAWAB sekiranya mereka termengandungkan pmpn2 yg dah dinikahi...yg paling penting...kes buang bayi akan berkurangan dgn mendadaknya...Tahniah PAS!!! :)paid
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
buang bayi selesai dan zina pon selesai...good idea from PAS!
 

ezis2u

Super Active Member
Messages
9,747
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
idea yg lebih bernas dari mengadakan sekolah khas utk yg termengandung tuh...
 

jejantas

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,708
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,708
Reaction score
926
Points
161
Mana ada istilah Nikah Gantung .... dah nikah .... nikah ajer :D
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
mintak kerjasama mod tlg TAG kan thread ni kedalam "PAS"...Terima Kasih..
 

e.k.

Super Active Member
Messages
9,898
Joined
Jan 24, 2008
Messages
9,898
Reaction score
70
Points
70
wahh jimat belanja mat rempit..bangla indon nepal bohsia...

lepas dapat anak boleh cerai...pas tu merempit balik cari awex bawak balik umah bujang....sambil mat rempit tu jumpa NGO boleh nikah gantung kali kedua...

kalao ini mcm abih la mat rempit tiap2 malam minggu dia kawin je kejenya..kah kah kah kah
 
Sponsored Post

Top
Log in Register