BTC USD 98,077.2 Gold USD 2,860.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PAS kecam sambutan Krismas di pejabat KPKT

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,868
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,868
Reaction score
1,747
Points
111
8545d49a0300de91ef33b33def2706a5.jpg


Naib Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin, mengecam sambutan Krismas di pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya yang menurutnya melibatkan kakitangan beragama Islam.
Dalam catatan Facebook hari ini, dia berkongsi tangkap layar klip video persembahan berkenaan.

Muhammad Hanif berkata, sebagai menteri, Nga Kor Ming seharusnya tahu bahawa adalah haram bagi umat Islam untuk mengambil bahagian dalam perayaan agama lain yang bertentangan dengan akidah Islam.
"Dalam video yang dikongsikan menteri jelas menunjukkan tetamu (ada staf beragama Islam) dihiburkan dengan persembahan Christmas Carolling.
"Hukum menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak.

ADS

"Umat Islam diajar untuk menghormati anutan dan amalan agama lain, namun ada batasan yang perlu dijaga apabila ia melibatkan akidah. Adakah menteri dengan sengaja ingin mencabar umat Islam?" katanya.
Dia juga memetik halaman di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang disiarkan tahun lepas, yang menyatakan bahawa lagu Krismas dianggap haram dan umat Islam harus menjauhinya kerana unsur Kristian dalam liriknya yang bertentangan dengan kepercayaan Islam.
Video itu ialah klip berdurasi kira-kira satu setengah minit yang disiarkan oleh Nga pada malam Krismas.



Ia menampilkan kakitangan kementeriannya menyanyikan ‘Jingle Bells’ dan lagu ‘We wish you a merry Christmas’.
Dalam ucapannya, Nga mengucapkan tahniah kepada kakitangannya yang menghias lobi itu.
Dia berkata lobi itu telah dihiasi dengan hiasan Aidilfitri, Deepavali dan Krismas sepanjang tahun lalu, dan tidak lama lagi akan menampilkan hiasan Tahun Baru Cina.
“Hari ini, kita meraikan kepelbagaian budaya kita. Kita adalah kementerian pertama yang melakukan ini, dan ktai tidak akan menjadi yang terakhir,” katanya sambil menyatakan bahawa kakitangannya turut terdiri daripada warga Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian.
“Inilah keindahan negara kita, dan apa yang sebenarnya mengikat kita bersama adalah cinta. ‘Malaysia truly Asia’ bukan sekadar slogan, dan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ juga bukan slogan. Ia sepatutnya menjadi cara hidup kita," katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Nga untuk mendapatkan ulasan berhubung kecaman Muhammad Hanif.
 
Sponsored Post

elok la melayu keje kt situ berhenti keje n pindah la keje kt negeri PN ya 😂😆😆

lombong emas china ccc ramai tu nak pakai org .. dinner night free penari bogel
Sembang penyakit Ain lah apa bala siap jumpa kat akhirat, inilah penunggang sebenar..🤣🤣
 
Korang cuba tengok fans Salah kutuk Salah bergambar kat pokok krismas.
Bila ada ustaz beri nasihat disebut pula itu penglipurlara.
Nak sokong parti politik tiada masalah tapi jangan le hal agama pun korang langgar.

Kalau setakat join makan ambik gambar okay lah lagi tu
Jika dah sampai nyanyi carolling tu over dah patut tak berlaku jika ada kakitangan muslim
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register