BTC USD 95,590.2 Gold USD 2,894.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PAS gesa Kah Wong letak jawatan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Pemuda PAS gesa Kah Wong letak jawatan

Yusman AwangJuly 23, 2024

Hafez Sabri (kiri) dan Wong Kah Woh
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menggesa Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh meletakkan jawatan secara sukarela atas kegagalan mematuhi akur sumpah Menteri yang dilafazkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Hafez Sabri berkata, lafaz sumpah itu adalah janji untuk jujur menunaikan kewajipan jawatan dengan segala upaya, menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

“(Tetapi) Tindakan Wong membela syarikat bir sepertinya bertentangan dengan lafaz akur sumpah yang diungkapnya.

“Jika tidak, Kerajaan PH-BN mesti mengambil tindakan serius kepada Timbalan Menteri Pendidikan kerana ia seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

“Tindakan mengekalkan individu yang tiada kompas moral dan diragui kesetiaannya akan membinasakan sistem pendidikan negara kita,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kritikan Wong mengatakan Pemuda PAS memutarbelitkan fakta bagi menghasut emosi masyarakat berkaitan isu sumbangan syarikat bir kepada sekolah kerajaan menampakkan kedangkalan pemikirannya.

Malah ujar Hafez, makin terserlah kebengapannya apabila selaku Timbalan Menteri Pendidikan, namun memihak kepada tindakan yang bertentangan dengan dasar kementerian, kononnya untuk meringankan beban kerajaan.

Tidak terhenti di situ beliau menegaskan, kritikan Wong telah membuka pekung sendiri apabila mendedahkan syarikat bir tersebut aktif melaksanakan aktiviti tersebut sejak sekian lama.

Selain itu beliau berkata, komentar Wong berkaitan status pelanggaran peraturan SJK(C) Tche Min bergantung kepada siasatan kementerian sangat diragui ketelusannya.

“Di sini, Pemuda PAS bangkitkan tiga persoalan yang mesti dijawab oleh Wong Kah Woh. Pertama, sepanjang 30 tahun syarikat bir mengumpulkan dana, berapakah nilai sumbangan yang terkumpul dan sejauh mana membantu mengurangkan beban kerajaan?

“Kedua, apakah tiada campur tangan dari menteri untuk siasatan kes ini dalam menentukan pelanggaran peraturan kementerian?

“Ketiga, dalam surat Pekeliling Ikhtisas KPM berkaitan tatacara penerimaan sumbangan menyatakan bahawa ‘tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani’, apakah Wong membacanya?” soal Hafez.

Katanya lagi, pelabelan ‘pihak ekstrem’ yang ditujukan kepada Pemuda PAS dalam hal ini adalah keterlaluan dan membuktikan DAP mempraktikkan politik ‘fearmongering’.

“Pendirian PAS terhadap arak jelas dan konsisten. Perbuatan menormalisasikan syarikat bir dalam institusi pendidikan sangat tidak masuk akal dan mesti ditegah,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024
 
Back
Top
Log in Register