Pemuda PAS Desak Kerajaan Perjelas Isu MoU Al Azhar

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
KUALA LUMPUR 21 November - Pemuda PAS menuntut Malaysia menjelaskan pihak sebenar yang membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti al-Azhar dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Naib ketua dewan itu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya dimaklumkan oleh pengurusan universiti itu bahawa pembatalan MoU itu bukanlah atas kehendak universiti tersohor tetapi kerajaan Malaysia sendiri.

“Bila kita berjumpa pengurusan al-Azhar, al-Azhar kata bukan mereka yang batalkan, tetapi kehendak kerajaan Malaysia,” jelasnya kepada Malaysiakini selepas menyerahkan memorandum kepada perdana menteri di Putrajaya semalam.

Azman Shapawi menambah, Pemuda PAS bertemu dengan pihak Universiti al-Azhar di Kaherah awal bulan ini.

Beliau berkata, penjelasan universiti itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan kerajaan sebelum itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ogos lalu yang mendakwa pembatalan MoU itu akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab.

Pembatalan itu didakwa dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri.

Menurut sayap kanan PAS itu, dalam memorandum, pembatalan itu menimbulkan masalah kepada 5,000 pelajar di 18 kampus.

Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada pejabat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya agar perjanjian itu disambung kembali.

Memorandum empat muka surat itu, antaranya, mendesak Kedutaan Malaysia di Mesir memainkan peranan menyelesaikan perkara itu “dengan lebih amanah”.

Dalam memorandum itu juga, Pemuda PAS menggesa Universiti al-Azhar membantu meningkatkan kualiti kolej-kolej swasta yang bekerjasama dengannya, “bukan membuat pembatalan mengejut”.

Memorandum turut menyenaraikan beberapa “kesan negatif” akibat pembatalan perjanjian itu:

* Menimbulkan masalah kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan penuntutnya.

* Membantutkan usaha IPTS melahirkan modal insan seperti hasrat kerajaan.

* Mengurangkan jumlah pelajar IPTS milik pengusaha Melayu-Islam dan menimbulkan risiko ditutup.

* Membataskan pilihan mahasiswa Melayu-Islam mendapatkan pendidikan terbaik.



Ditanya tindakan selanjut PAS jika tuntutan itu tidak berhasil, Azman Shapawi berkata:

“Tengoklah Januari nanti apabila kemasukan baru dibuat. Kalau tidak berhasil juga, mungkin kita ramai-ramai pergi jumpa perdana menteri.”

Azman Shapawi diiringi setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusuf dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Amazan sewaktu memorandum itu diserahkan kepada setiausaha sulit kanan kepada perdana menteri, Datuk Ahmad Yaakob.

Pemuda PAS mendakwa tuntutan mereka disokong 25 pusat pengajian dan persatuan-persatuan mahasiswa itu di seluruh negara.

Sumber : Malaysiakini
 
Last edited:
Sponsored Post

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
mmg la teruk tp tak semua:-?:eek::eek::eek::eek:
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
UMNO is going through the five stage of dying​

1) Denial ------> Nafi tarikh parlimen bubar, Pembunuhan Altantuya, Hubungan sayfool dgn najib, Perpecahan dalaman umno, Minyak naik inflasi x naik, Kehilangan Bala (kesahihan akuan bersumpah), Malaysia bukan negara Islam (Malaysia sebuah negara sekular, kata MCA . MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. “Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, dalam satu kenyataan hari ini.), Video linggam, Dakwaan Rasuah Exco Perak : BPR menafikan ada unsur Rasuah Seks, Kerajaan umno/bn Telah Lama Luluskan 10% Untuk Non-Bumi Masuk UiTM (Sendiri Buat Sendiri Tak Mengaku), Kesahihan laporan Pusrawi (doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat), “Remember 1986 in Padang Merbok. UMNO supporters killed a PAS supporter Osman Talib aged 33, who came from Pendang”, Gerakan sokong papan tanda pelbagai bahasa. Teng berkata, isu papan tanda pelbagai bahasa sudah banyak kali dibangkitkan sejak Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). "Sebenarnya cadangan itu sudah dipersetujui oleh Exco BN lalu dan peruntukannya juga ada. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekalahan teruk pada pilihan raya lalu," katanya, SPR: Jawapan PM 'tidak masuk akal', Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan, Kedah sedia buka ladang [email protected]!, Ladang [email protected]! tidak dibuka di Bukit Selambau: ''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pemuda PAS Desak Kerajaan Perjelas Isu MoU Al Azhar : “Bila kita berjumpa pengurusan al-Azhar, al-Azhar kata bukan mereka yang batalkan, tetapi kehendak kerajaan Malaysia,” jelasnya kepada Malaysiakini n byk lagi

2) Anger -------> Salahkan org lain yg padahal umno sendiri yg lemah, rasuah n pecah amanah menyebabkan ahli ahli peringkat akar umbi menolak kepimpinan pak lah. Salahkan PAS memecahbelahkan masyarakat, Mencarut dalam parlimen, Banner pilihanraya UMNO yg melampau (Dari Permatang Pauh Sondoi Putrajaya), Insiden baling kerusi di mesyuarat Wanita Kuala S'gor, Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin, Mesyuarat Perwakilan Umno Seremban tangguh kerana kekecohan, Perwakilan bertumbuk, mesyuarat UMNO Bahagian Seremban ditangguh n banyak lagi

3) Bargaining --> Cube pakat dgn PAS namun gagal. Sanggup berkongsi kuasa dgn PAS n menjadikan jawatan Menteri Besar sebagai habuan n banyak lagi

4) Depression --> Cube merasuah MP PR dari Negeri Perak, Tuduhan liwat DSAI (Mintak DNA), Istiharkan jihat, Bantuan kepada SAR disalurkan semula, Nama Pengundi Hilang (KeADILan kesan 949 pengundi hilang dalam daftar pemilih), Meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN (ade member (wealthgainer) kat Putrajaya sahkan), Laporan Media Yang Senget Sebelah (dari dulu lagi dah), Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan (Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69), Mengambil Kad Pengenalan Pengundi, Forum Perdana Anjuran UMNO (Tak Mendapat Sambutan), Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah, Menggunakan Identiti Parti Lain Sebagai Modal Politik Sendiri (Bagi banner yang menonjol PAS secara agrasif dilentakkan di kawasan majoriti bukan Islam), Salahguna Lambang PKR utk tujuan Provokasi (Guna Baju bn bertopengkan PKR), Ezam terima ugutan bunuh (Org Lain Sibuk Berkempen, Die Sibuk Kene Ugut. Tak De Masalah Org Nak Bunuh Die Ni), Bom di bilik gerakan Umno, KeADILan tidak ada kena mengena (Puteri umno kene halau oleh tuan tanah), Imam Ustaz Ramlang Porigi: Imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah dan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut, Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah, Rasuah: RM 1 Juta Utk Sekolah Cine, TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar, Kes Rasuah Exco Perak : Projek Perumahan Tidak Wujud - MB Perak (Kerajaan negeri gesa BPR dan media mohon maaf dalam 24 jam), Harga Minyak Petrol RM 2.55 seliter mulai esok (Fikir 2 minit je dah boleh turun. Tak nyempat nyempat nak tunggu 1 Sept),Umno dakwa Anwar agen Kristian, Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan (Kalo benar ape yg dikata, dah lama dah BPR siasat. Tgk kes SAPP n Kes Exco Perak. Walhal surat layang pon BPR akan layan. Cepat, Pantas tapi Tak Tepat. Akhirnye Nak Kena Saman.), Ahli Parlimen BN Diarah Bercuti ke Luar Negara, Isu Kenaikan Cukai Tanah 500% Hanya Gimik Politik, Bekas ahli jawatankuasa UMNO ditangkap berkhalwat di kebun getah n banyak lagi

5) Acceptance --> Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh, Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu' (sendiri buat sendiri mengaku), Datuk Seri Syed Hamid Albar: Anwar berhak dapat laporan polis (sendiri buat sendiri heran), Parti Gerakan Keluar Barisan Nasional, Alex Thiagarasan menyertai DAP, TPM: Turun Harga Minyak (Dulu Kata X Boleh Nanti Negara Bagkrap, Dekat Pilihan Raya Boleh Pulak), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dua Ahli Parlimen Gerakan Sertai PKR, Pengundi Cina: Kami Beri Peluang Pada Anwar (Org bukan Islam pon dah Percaya Anwar, umno memalukan),Anwar trend rakyat tolak BN? (Jgn la buat tak perasan pulak), Sabah MPs reject loyalty pledge, TDM: But Umno and its other leaders are useless, Gerakan Kaji Kedudukan Dalam BN Jika Tiada Perubahan, Kata Tsu Koon, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama, PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa - Ku Li (Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia), Barisan Nasional’s rebellious Sabah Progressive Party (SAPP) showed its defiance by openly backing Pakatan Rakyat yesterday, SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat, Ahli umno Pletong Tengah Keluar Parti dan Menyertai PAS, Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender, UMNO Sabah disaran sokong usul pertahan Utusan, Veteran UMNO Kelantan lancar Tabung Pembelaan Utusan, Politik wang merebak ke akar umbi :: Rais Yatim, Raja Petra dijangka bebas petang ini. Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah, UMNO terima 900 aduan politik wang, MB Pahang kata rasuah dalam Umno ketika ini paling parah n banyak lagi


p/s: Yg color biru tu yg terbaru...harap maklum

Yg color hijau tu adalah Evergreen

Datuk K.S. Nallakaruppan and Dato’ Muhammad Shafee Abdullah were behind the conspiracy to frame Dato’ Seri Anwar Ibrahim on sodomy charges back in 1998. This was confirmed by Nalla’s driver, Thagarajoo a/l Thangavelu, in a Statutory Declaration signed on 21 August 2008. <------ Tengah tunggu umno buat penafian :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register