Pemuda PAS bantah filem gay

CG Sponsors




alberq

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2009
Messages
11,738
Reaction score
37
Points
120
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menentang hasrat penayangan filem “Anu Dalam Botol” yang didakwa bertemakan kehidupan gay.

Ketuanya, Nasruddin Hassan, berkata sikap penerbit filem tersebut Raja Azmi Raja Sulaiman, wajar dipersoal kerana cuba menonjolkan budaya songsang untuk tatapan masyarakat negara ini.

"Apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini?

Malah, DPPP juga hairan mengapa pihak beliau menamakan judul filem asal berkenaan adalah “Anu Dalam Botol”?," soal Nasruddin.

Beliau berkata demikian setelah merujuk kepada laporan sebuah portal berita tempatan semalam bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di negara ini selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran.

Kata Nasruddin lagi, DPPP bukan bersifat taboo dalam membincangkan soal-soal seksualiti.

Malah katanya perbahasan Fiqh (Hukum Hakam Islam) telah dibincangkan secara panjang dan mendalam isu-isu mengenai seksualiti tanpa rasa segan silu kerana ia demi kepentingan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Menurutnya, perfileman, sepatutnya memainkan peranan yang betul untuk membangunkan minda masyarakat dengan cara menerbitkan filem-filem yang berkualiti disamping menggunakan sistem teknologi yang canggih.

"DPPP berpandangan bahawa kualiti adalah berdasarkan kepada jalan cerita atau pengisian yang memberikan kesan besar dalam diri masyarakat supaya menjadi lebih baik dan mampu mengkoreksi peribadi individu dengan mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/inde...-pas-bantah-filem-gay&catid=1:utama&Itemid=50
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Mana PERKASA ni? takkan senyap je setelah diPERKOSA? :))
 

alberq

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2009
Messages
11,738
Reaction score
37
Points
120
agak2 geng amgok bantah x?
 

mr.driver

Active Member
Joined
Nov 5, 2010
Messages
2,438
Reaction score
11
Points
25
bantah, jangan x bantah. benda x elok jgn disokong!

sama juga dgn nuar al-liwati, jgn disokong dajjal itu!!!!
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
bantah, jangan x bantah. benda x elok jgn disokong!

sama juga dgn nuar al-liwati, jgn disokong dajjal itu!!!!
betul tu. UMNO pun jgn disokong. Lulus lesen judi, membazir, menzalimi dan menipu rakyat dan suka menfitnah.
 

modengster

Active Member
Joined
Jul 28, 2010
Messages
1,147
Reaction score
35
Points
30
alaaahai ini pon nak dikaitkan dengan politik jugak...
betul2 bonggok lahhh...
dah takda isu eh sedara? hahaha
 

autorm

Active+ Member
Joined
Oct 24, 2009
Messages
2,939
Reaction score
9
Points
35
PAS buat bntahan ni dah tanya Bung Nuar ke belom?
Dah dapat restu ke tak ni :))
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
PAS buat bntahan ni dah tanya Bung Nuar ke belom?
Dah dapat restu ke tak ni :))
apa punya melalut la ko ni mat....
apasal pulak nak kena tanya nuwar?...

cuba jelaskan kenapa nak tanya nuwar?.. x paham la?
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
alaaahai ini pon nak dikaitkan dengan politik jugak...
betul2 bonggok lahhh...
dah takda isu eh sedara? hahaha
langsung buta tentang hak dan kepentingan rakyat...
bila ia melibatkan kepentingan rakyat maka ia akan melibatkan kredibilti pemerintah....
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
PAS buat bntahan ni dah tanya Bung Nuar ke belom?
Dah dapat restu ke tak ni :))
Tak perlu tanya Nuar utk bantah perkara ni
Tanya Al-Quran dan Sunnah
Matlamat x halalkan cara
Nak buat filem boleh...tp kandungan & aksi lakonan ada batasnye
 
Sponsored Post
Top
Log in Register