BTC USD 68,763.4 Gold USD 2,358.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda OKU kena simbah air panas bukan asid

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
891
Points
171
BALIK PULAU – Pemuda orang kelainan upaya (OKU) disahkan mengalami kecederaan melecur pada sebahagian belakang dan depan badan sebelah kanan akibat disimbah dengan air panas dan bukannya asid.

Sumber berkata, mangsa OKU Sindrom Down berusia 33 tahun itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Abang mangsa telah membuat laporan polis dan mendakwa yang adiknya telah disimbah asid oleh seorang wanita semasa berada di dalam lif pangsapuri, tempat mereka tinggal.

“Hasil pemeriksaan di hospital mendapati mangsa melecur pada sebahagian belakang dan depan badan sebelah kanan.

“Pihak perubatan juga mengesahkan yang mangsa bukan terkena simbahan asid, sebaliknya dia
dicurah dengan air panas. Keadaan mangsa kini stabil,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Difahamkan, polis sudahpun mengenalpasti identiti mangsa terlibat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE


3816.jpeg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register