Pemuda Gaza dicukur rambut

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


BANDAR GAZA - Dua remaja tempatan berimej rambut panjang dan terpacak ala Barat dibawa ke balai polis di ibu negara oleh sepasukan pegawai sebelum rambut mereka dicukur didakwa sebagai usaha pengajaran, kelmarin.

Lapor aktivis Hak Asasi Kemanusiaan Palestin, tindakan pegawai polis tempatan terhadap anak-anak muda adalah salah satu usaha kerajaan Hamas menolak kemasukan budaya Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa tempatan terhadap golongan muda mendapat kritikan kerana dianggap sebagai mengongkong kebebasan bersosial.

Pelukis tempatan, Ayman al-Sayed, 19, berkata, beliau hanya menyimpan rambut sehingga pada paras bahu tetapi polis Gaza bertindak sedemikian tanpa persetujuannya.

"Satu perkara yang saya ingin lakukan sekarang adalah meninggalkan negara ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Gaza, Ziad al-Zaza berkata, operasi mencukur rambut pemuda berimej rambut panjang amat jarang sekali berlaku sebaliknya kerana kehendak pegawai polis itu sendiri.

"Ia berlaku tanpa pengetahuan pihak atasan dan saya berjanji operasi seumpama ini tidak berulang lagi kerana ia boleh dianggap sebagai pencabulan hak awam," katanya menurut laporan AFP.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/pemuda-gaza-dicukur-rambut-1.148100
 
Sponsored Post

Azmi^_^Penang

Active Member
Joined
Feb 21, 2013
Messages
2,374
Reaction score
1
Points
25
kalau pulis-**** malaisia buat mcm ni kat aku...maknanya memang makan penyepak ler
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
dalam pada negara kacau bilau diganggu israel
sempat lagi bebudak ni berfesyen ala barat
 

nikyah

Active Member
Joined
Sep 27, 2010
Messages
1,291
Reaction score
7
Points
25
kat UIA ada jugak budak2 palestin buat perangai
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
diorg ikut pesyen yahudi kot..
 

ayonyor

Fun Poster
Joined
Dec 22, 2012
Messages
473
Reaction score
0
Points
10


BANDAR GAZA - Dua remaja tempatan berimej rambut panjang dan terpacak ala Barat dibawa ke balai polis di ibu negara oleh sepasukan pegawai sebelum rambut mereka dicukur didakwa sebagai usaha pengajaran, kelmarin.

Lapor aktivis Hak Asasi Kemanusiaan Palestin, tindakan pegawai polis tempatan terhadap anak-anak muda adalah salah satu usaha kerajaan Hamas menolak kemasukan budaya Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa tempatan terhadap golongan muda mendapat kritikan kerana dianggap sebagai mengongkong kebebasan bersosial.

Pelukis tempatan, Ayman al-Sayed, 19, berkata, beliau hanya menyimpan rambut sehingga pada paras bahu tetapi polis Gaza bertindak sedemikian tanpa persetujuannya.

"Satu perkara yang saya ingin lakukan sekarang adalah meninggalkan negara ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Gaza, Ziad al-Zaza berkata, operasi mencukur rambut pemuda berimej rambut panjang amat jarang sekali berlaku sebaliknya kerana kehendak pegawai polis itu sendiri.

"Ia berlaku tanpa pengetahuan pihak atasan dan saya berjanji operasi seumpama ini tidak berulang lagi kerana ia boleh dianggap sebagai pencabulan hak awam," katanya menurut laporan AFP.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/pemuda-gaza-dicukur-rambut-1.148100
teringat balik masa zaman rock baru nk menapak kt malaysia..era 80an.
kt ipoh.. mase tu.. majoriti bdk muda fesyen rock..seluar ketat...rambut panjang..
kalo jumpa fru atau polis.. larii.
sbb kalo kena tangkap.. seluar dgn rambut ..ilang..huhuhuhu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,617
Reaction score
21,075
Points
1,671
skang nk jumpa org muda rambut pjg mmg susahla
 
Sponsored Post
Top
Log in Register