BTC USD 103,681 Gold USD 3,251.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda Bersatu Sabah Persoal Armizan Masih Pengarah Syarikat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,578
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,578
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
04.04.2025 - Pemuda Bersatu (Armada) Sabah membangkitkan persoalan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Papar, Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat serta peranannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Perkara ini timbul selepas semakan mendapati dia didakwa masih memegang jawatan pengarah dalam sebuah syarikat. Ketua Armada Sabah, Hisyam Hazaril Azman berkata Perlembagaan Persekutuan dengan jelas melarang mana-mana anggota pentadbiran daripada terlibat dalam perniagaan secara serentak. Menurut Hisyam, pengakuan Armizan bahawa dia sebelum ini memegang jawatan dalam lembaga pengarah anak syarikat negeri, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), menimbulkan konflik kepentingan memandangkan ketika itu Armizan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).

f0e5c88393b1b61063f9fe1bed959629.jpg


“Belum terjawab isu konflik kepentingan ini terkini, semakan rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sehingga 1 April 2025 mendapati bahawa beliau juga adalah pengarah dalam syarikat Common Tower Technology Sdn. Bhd. (common Tech) yang dilantik mulai 1 Februari 2023. Rakyat pada masa ini tertanya-tanya adakah Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri Persekutuan tidak tertakluk kepada Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sehingga beliau boleh memegang dua jawatan pengarah dalam syarikat perniagaan,” katanya pada satu kenyataan.

Hisyam berkata kod etika berkenaan dengan jelas menyatakan anggota kabinet dilarang terlibat dalam aktiviti perniagaan kerana boleh menimbulkan konflik kepentingan. Dakwanya Armizan juga telah melanggar Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

33e12ae57729969effb5dca0dc0b34b3.jpg


“Secara umum, kedua-dua peruntukan (perlembagaan) ini menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen hilang kelayakan sekiranya memegang jawatan yang memberi keuntungan. Jika jawatan pengarah itu sememangnya merupakan jawatan yang memberi keuntungan (kepada Armizan), maka Dewan Rakyat perlu membuat keputusan berdasarkan Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua persoalan ini perlu dijawab oleh Armizan kerana ia melibatkan integriti beliau sebagai anggota kabinet,” kata Hisyam.

Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia merujuk kepada pengisytiharan kekosongan kerusi parlimen yang diputuskan Dewan Rakyat, apabila seseorang ahli parlimen didapati tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/739066
Artikel berkaitan https://carigold.com/forum/threads/kemaskini-video-skandal-rasuah-sabah.784601/
 
Last edited:
Sponsored Post

NGO Sabah Gesa Siasat Armizan Atas Dakwaan Langgar Perlembagaan

04.04.2025 - Sebuah NGO di Sabah menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, telah melanggar perlembagaan dengan memegang jawatan dalam sebuah syarikat milik kerajaan negeri ketika masih menjadi menteri kabinet. Presiden Sabah Entitlement and Equity Now (Seen), Duncan Cheng, berkata jika siasatan mendapati Armizan melanggar perlembagaan, dia harus segera melepaskan jawatannya sebagai menteri serta Ahli Parlimen Papar.

"Berdasarkan Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan, seseorang individu hilang kelayakan sebagai ahli mana-mana Dewan Parlimen jika memegang jawatan yang memberi keuntungan. Kami ingin mendapatkan penjelasan daripada Armizan: di bawah peruntukan atau pekeliling mana seorang menteri persekutuan dibenarkan memegang jawatan sebagai ahli lembaga dalam syarikat milik kerajaan negeri Sabah?. Rakyat Sabah sedar ada sesuatu yang tidak kena dalam isu ini. Jika tidak, sila beritahu kami sama ada ada individu lain dalam kabinet Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut memegang jawatan sebagai ahli lembaga dalam syarikat milik negeri." kata Cheng dalam satu kenyataan hari ini.

Cheng merujuk kepada pengesahan Armizan semalam bahawa dia terlibat dalam mesyuarat pada 16 Mei 2023 antara anak syarikat kerajaan negeri, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), dan sebuah firma dari Indonesia. Setiausaha Agung GRS itu menjelaskan bahawa kehadirannya dalam mesyuarat bersama pasukan pengurusan SMM adalah atas kapasiti sebagai pengurus lembaga pada ketika itu. Pada masa yang sama, Armizan juga memegang jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal Sabah, Sarawak, dan tugas-tugas khas). Ketua Pemuda Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril Azman, sebelum ini menyifatkan adalah sesuatu yang “agak luar biasa” bagi seorang menteri persekutuan untuk turut memegang jawatan sebagai ahli lembaga dalam SMM. Dia turut menambah bahawa jika Armizan dibenarkan memegang kedua-dua jawatan serentak, tidak mustahil berlakunya konflik kepentingan.


‘Beri Kerjasama Dengan SPRM’

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Calvin Chong, mengkritik Armizan kerana didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada dakwaan yang mengaitkannya dengan skandal perlombongan Sabah, selain menggesa dia bekerjasama dengan SPRM.

"Jika beliau (Armizan) mendakwa tidak terlibat dalam rasuah, maka jika perlu, beliau harus bekerjasama dengan siasatan SPRM, bukan datang kepada saya dan mendakwa dirinya tidak bersalah. Tiada keperluan untuk menggunakan kata-kata berunsur ugutan dengan mempersoalkan saya mengenai siapa wartawan penyiasat dan siapa Datuk Z. Jika saya mempunyai sebarang tanggungjawab, saya pasti akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chong berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Armizan sebelum ini agar dirinya, Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Jeffery Nor Mohamed, dan bekas Ahli Parlimen Papar dari Warisan, Ahmad Hassan, mendedahkan sumber yang mengaitkan Armizan dengan skandal rasuah melibatkan projek cari gali mineral di Sabah. Armizan mendakwa ketiga-tiga individu itu sebagai penyebar fitnah terhadapnya melalui mesej tanpa nama di akaun media sosial palsu serta mencabar mereka untuk mendedahkan sumber dakwaan tersebut. Pada 27 Mac, Chong mendesak GRS menyatakan pendirian mereka terhadap dakwaan rasuah yang dihadapi Armizan, sambil menegaskan bahawa ahli politik dari gabungan itu tidak boleh berselindung di sebalik prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah” untuk berdiam diri atau mengelak tanggungjawab.
1743758680617.png
 
'Konflik Kepentingan' - Pemimpin Bersatu Sabah Persoal Armizan

04.04.2025 -Ketua Pemuda Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril Azman menyoal penafian terbaru Armizan Mohd Ali berhubung dakwaan penglibatannya dalam skandal perlombongan di Sabah. Dia memberikan perhatian khusus terhadap pengesahan Armizan bahawa dia terlibat dalam mesyuarat pada 16 Mei 2023 antara pengurusan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) dan sebuah firma dari Indonesia.

“Agak luar biasa bagi seorang individu yang memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) semasa itu turut memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah (SMM). Kedudukan Armizan Ali telah menimbulkan pemikiran negatif dalam masyarakat kerana portfolio menteri yang dipegang oleh beliau langsung tiada kena mengena dengan bidang mineral,” kata Hisyam pada satu kenyataan hari ini.


Sedang Menular

Hisyam berkata menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri setelah dilantik sebagai menteri persekutuan.

"Jika beliau dibenarkan memegang kedua-dua jawatan dalam satu masa yang sama, tidak mustahil akan menimbulkan isu konflik kepentingan seperti apa yang sedang menular di media sosial. Kekeliruan ini perlu diperjelaskan oleh Armizan dan kerajaan GRS,” dakwanya.

Terdahulu, Armizan yang juga Setiausaha Agung Bersama Gabungan Rakyat Sabah, mengesahkan dia merupakan sebahagian daripada mesyuarat pada 2023 antara pengurusan SMM dan wakil dari firma tersenarai awam Indonesia, PT Bayan Resources.


Dakwaan ‘Datuk Z’

Armizan berkata mesyuarat itu sebahagian misi menilai cadangan pelaburan “tulen dan berimpak tinggi” seperti projek berjaya PT Bayan di Indonesia, yang turut menggaji ramai profesional mahir dari Malaysia. Dia mengulas beberapa hantaran di Facebook yang memetik seorang individu bergelar “Datuk Z” mendakwa Armizan terlibat dalam rundingan antara syarikat Indonesia dan SMM berkaitan lesen penerokaan mineral di negeri itu. Hantaran tersebut, yang disertakan dengan gambar lawatan Armizan dan SMM ke pejabat syarikat Indonesia itu di Jakarta, cuba mengaitkan dia dengan dakwaan skandal rasuah melibatkan projek penerokaan mineral di Sabah.

Sejak November tahun lalu, lapan orang Adun Sabah, Speaker Dewan Undangan Negeri dan Ketua Menteri Hajiji Noor dikaitkan dengan skandal tersebut oleh seorang pemberi maklumat. Pemberi maklumat itu mendedahkan beberapa klip video yang menunjukkan beberapa pemimpin negeri didakwa sedang membincangkan sogokan yang diterima mereka sebagai balasan menyokong pemberian lesen penerokaan mineral.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/738658
 
Masih Pengarah Syarikat - Laporan Polis Di Buat Terhadap Menteri

04.04.2025 -Satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali kerana didakwa masih memegang jawatan pengarah dalam syarikat milik kerajaan negeri. Ketua Polis Daerah Nilai, Abdul Malik Hasim mengesahkan menerima laporan itu dan memaklumkan pengadu telah memberi keterangan.

“IPD Nilai ada menerima laporan polis terhadap YB Armizan dan keterangan pengadu telah diambil pada 3 Mac 2025, jam 10.56 malam. Dan hanya satu laporan sahaja yang dibuat,” katanya kepada Malaysiakini.

Laporan dibuat aktivis politik, Tandiko Dalusin yang meminta pihak polis menyiasat pelanggaran Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan oleh Armizan.

“Mana mungkin seorang ahli parlimen tidak mengetahui hal sedemikian rupa. Adakah Armizan mahu mencabar undang- undang serta Perlembagaan Persekutuan?. Apakah YB Armizan lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia?” soalnya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini. Dalam laporan itu, Tandiko berkata tindakan Armizan memegang jawatan dalam syarikat bercanggah dengan Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen. Ini jelas tidak beretika dan boleh mendatangkan pandangan negatif serta persepsi buruk rakyat kepada YB Armizan Mohd Ali sendiri. Dan mungkin akan berlaku kepentingan peribadi (conflict of interest) dalam hal ini,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Armizan bagi mendapatkan respons. Semalam, Pemuda Bersatu (Armada) Sabah mempersoalkan kedudukan Armizan sebagai menteri. Ini selepas semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 1 April 2025 mendapati Armizan masih merupakan pengarah dalam syarikat Common Tower Technology Sdn. Bhd. (common Tech) yang dilantik mulai 1 Februari 2023. Ketua Armada Sabah, Hisyam Hazaril Azman berkata perkara itu menimbulkan konflik kepentingan dan melanggar Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Hisyam, pengakuan Armizan bahawa dia sebelum ini memegang jawatan dalam lembaga pengarah anak syarikat negeri, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), turut menimbulkan konflik kepentingan memandangkan ketika itu dia merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). Mengulas lanjut, Tandiko berkata kelakuan Armizan sangat jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara ketiga dan keempat iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Justeru saya mohon PDRM menyiasat YB Armizan secara adil dan saksama sama seperti rakyat biasa tanpa membeza-bezakan antara rakyat atau menteri,” katanya.
1743758573305.png
 
Di Dakwa Langgar Perlembagaan, Armizan Akan Beri Kerjasama Pada Siasatan

05.04.2025 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Ali berkata dia sedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung dakwaan masih menjadi pengarah dalam sebuah syarikat milik kerajaan negeri. Armizan berkata kesediaannya itu bergantung kepada sama ada dakwaan tersebut mempunyai asas undang-undang atau tidak.

“Saya berpegang kepada prinsip hormati proses yang ada, berbanding membuat spekulasi dan persepsi negatif atas motif politik. Biarlah proses undang-undang berjalan,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Nilai Abdul Malik Hasim mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung dakwaan tersebut. Laporan itu dibuat oleh aktivis politik Tandiko Dalusin, yang menggesa polis untuk menyiasat sama ada Armizan telah melanggar Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 48(1)(c), seseorang hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara sekiranya mereka memegang jawatan berpendapatan. Dalam laporan itu, Tandiko juga berkata tindakan Armizan memegang jawatan dalam syarikat tersebut bercanggah dengan Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.

Ia susulan pengesahan Armizan bahawa dia terlibat dalam satu mesyuarat antara anak syarikat kerajaan negeri Sabah, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) dan sebuah firma dari Indonesia pada 16 Mei 2023. Timbalan setiausaha agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata kehadirannya dalam mesyuarat itu, bersama-sama keseluruhan pasukan pengurusan SMM, adalah dalam kapasitinya sebagai ahli lembaga pengarah pada masa itu. Ketika itu, Armizan juga menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).


Dakwaan Konflik Kepentingan

Pada 3 April lalu, Ketua Pemuda Bersatu Sabah Hisyam Hazaril Azman, mendakwa semakannya dengan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Armizan merupakan pengarah Common Tower Technology Sdn Bhd (Common Tech) – jawatan yang dipegangnya sejak 1 Februari 2023. Hisyam berkata ia menimbulkan konflik kepentingan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan. Dia juga menyifatkan “agak luar biasa” bagi seorang yang memegang jawatan menteri dalam kerajaan persekutuan turut memegang jawatan sebagai ahli lembaga SMM. Ahli Majlis Tertinggi Warisan Calvin Chong pula mengkritik Armizan kerana didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada dakwaan yang mengaitkannya dengan skandal perlombongan di Sabah.

Sebelum itu, Armizan menggesa agar Chong, Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah Jeffery Nor Mohamed dan bekas ahli Parlimen Warisan Ahmad Hassan mendedahkan sumber di sebalik tuduhan yang mengaitkannya dengan skandal tersebut. Pada 27 Mac, Chong menggesa GRS agar menyatakan pendirian berhubung dakwaan rasuah yang dihadapi Armizan, selain menegaskan ahli politik dari gabungan itu tidak boleh berselindung di sebalik prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah” sebagai alasan untuk terus berdiam diri. Sejak November tahun lalu, lapan Adun Sabah, termasuk speaker dan Ketua Menteri Hajiji Noor dikaitkan dengan skandal rasuah oleh seorang pemberi maklumat. Pemberi maklumat tersebut mendedahkan sejumlah klip video yang menunjukkan beberapa pemimpin negeri itu didakwa berbincang mengenai sogokan yang diterima sebagai balasan menyokong lesen penerokaan mineral.
1743836457309.png
 
Armizan Macam 'Singa Jadi Kucing’ - UMNO Sabah

09.04.2025 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Ali terus berdepan gesaan siasatan lanjut berhubung dakwaan dia memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Sabah, meskipun menyandang jawatan menteri persekutuan. Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman menyindir menteri itu pada awalnya "serupa singa" apabila mencabar pihak tertentu mengemukakan bukti, namun kini kelihatan "seperti kucing yang manja."

“Hari itu kelihatan serupa singa, sekarang seperti kucing selepas maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) didedahkan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Datu Rosman turut mengingatkan jika hasil siasatan membuktikan Armizan melanggar Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan — yang berkaitan pemegang jawatan dalam syarikat dengan kepentingan kerajaan — beliau bukan sahaja boleh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Papar, malah juga kehilangan jawatan sebagai menteri kabinet. Katanya, rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan yang telus dan mengalu-alukan siasatan penuh terhadap kedudukan Armizan dalam dua entiti korporat terbabit. Armizan sebelum ini menafikan sebarang salah laku, menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika siasatan dijalankan, susulan laporan polis dan dakwaan yang tular di media sosial.

Katanya, dia tidak pernah mendapat sebarang bayaran, elaun, atau manfaat daripada mana-mana GLC selepas dilantik sebagai menteri. Menurut Armizan lagi, namanya hanya dikekalkan dalam dokumen syarikat kerana kegagalan pengurusan terdahulu mengemaskini maklumat di SSM. Bagaimanapun, gesaan agar Jabatan Peguam Negara, SPRM, dan pihak polis campur tangan semakin kuat selepas para pemimpin pembangkang dan NGO Sabah turut membangkitkan kemungkinan pelanggaran etika dan perlembagaan. Pemuda Bersatu Sabah sebelum ini menyoal jika Armizan Mohd Ali ingkar Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen susulan dakwaan memegang jawatan dua GLC Sabah itu ketika memegang jawatan menteri persekutuan.

Ketua Armada Sabah, Hisyam Hazaril Azman juga berkata Perlembagaan Persekutuan dengan jelas melarang mana-mana anggota pentadbiran daripada terlibat dalam perniagaan secara serentak. Dakwanya, Armizan mungkin telah melanggar Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan seorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan jika memegang jawatan yang memberi keuntungan. Jika terbukti, katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada Perkara 53(1) untuk membolehkan Dewan Rakyat mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen.
1744203597082.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register