BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pempengaruh Media Sosial Di Tahan, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
06.08.2024 - Pempengaruh media sosial direman enam hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah bekas suami dan bekas madunya, di sini. Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 20-an itu dikeluarkan Majistret Amin Rashidi Ramli bermula bermula hari ini sehingga Ahad. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut, susulan barang milik pengadu yang didakwa hilang. Katanya, polis menerima laporan daripada bekas madu wanita itu pada 9.47 malam kelmarin, yang mendakwa rumahnya dipecah masuk pada 11.30 malam, 22 Julai lalu.

"Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka. Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bertindak di atas maklumat, suspek berjaya ditangkap pada 11.30 malam semalam. Katanya, hasil siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan rumah, selain suspek mengaku masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan pengadu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Terdahulu, tular video rakaman siaran langsung di TikTok yang memaparkan wanita berkenaan dan bekas madunya bercerita kisah rumah tangga mereka sebelum ini. Menerusi video itu, wanita berkenaan mendakwa sering dikasari oleh bekas suaminya sehingga dia tidak sanggup lagi untuk hidup bersama dengan lelaki itu. Ketika bersiaran langsung, kira-kira 50,000 orang yang melihatnya dan video berkenaan tular serta mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
1722953054586.png
 
Sponsored Post

Kecoh isu isteri dipaksa mandi dan tidur bersama madu, ini penjelasan Da’i Tajdid Hadhari

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial tentang pendedahan dua wanita yang mendakwa dipaksa mandi dan tidur bersama oleh bekas suami mereka.

Pendedahan kedua-dua wanita yang pernah bergelar madu itu turut mencetuskan pelbagai persoalan terutama mengenai hukum perbuatan tersebut dari segi agama.

Sehubungan itu, personaliti radio Zayan iaitu Da’i Tajdid Hadhari atau mesra dikenali sebagai Ustaz Bola tampil memberikan pencerahan menerusi akaun TikTok miliknya.

Menurut Da’i Tajdid, perbuatan yang dinamakan sebagai mushaqah atau sihaq ini hukumnya adalah haram seperti telah dinyatakan di dalam hadis Riwayat At Tabrani.

“Apabila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh (dilakukan) hukumnya haram. Sebagaimana dalam hadis Riwayat At-Tabrani, perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq.

“Nabi SAW bersabda, perbuatan sihaq ataupun melihat aurat sesama sendiri antara dua orang wanita itu hukumnya adalah zina. Bahkan dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain.

“Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jagalah. Tak boleh, hukumnya haram,” jelasnya menerusi hantaran video tersebut.

Dalam perkongsian sama, pengacara Tanyalah Ustaz itu turut berkongsi pendapat lain daripada Ibnu Qudamah yang menegaskan bahawa perbuatan tersebut tetap tidak dibenarkan walaupun dengan keredaan isteri.

“Pendapat ulama Ibnu Qudamah, sekalipun kedua isteri itu reda suami tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut ataupun reda seorang daripada mereka berjimak, sedangkan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan,

“Hal ini kerana perbuatan sedemikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka tidak boleh (dilakukan) sekalipun kedua isterinya reda,

“Namun jika tidur dalam rumah yang sama tetapi bilik berbeza, maka dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu (setiap isteri) sama.” Ulasnya lagi dalam hantaran yang berjaya meraih tontonan daripada 62,100 pengguna TikTok itu.

Baca juga: Pernah ditawar RM60k jadi ‘peneman’ VVIP, Sharifah Rose tolak sehabis baik, anggap ia mengarut
 
Jangan tanya siapa .. jawapan dalam spoiler :)
‘Kami Di Suruh Tidur & Mandi Bersama’ - Dua Wanita Dakwa Di Aniaya Suami Semasa Berpoligami

Poligami dalam Islam dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu yang bertujuan untuk menjaga keadilan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat. Jika diamalkan mengikut ajaran agama, poligami boleh membawa kebahagiaan dan kebaikan. Namun, tidak semua yang berpoligami mengikut ajaran agama dengan betul. Semalam, dua wanita yang pernah bermadu mendedahkan mereka perah dianiaya oleh bekas suami mereka, yang juga seorang pempengaruh di media sosial. Mereka mendakwa dipaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mengalami penderitaan emosi serta fizikal.


Di Suruh Tidur & Mandi Bersama

Dalam pendedahan yang disiarkan secara live di TikTok, bekas isteri, Kak Nad, mendakwa dia pernah diarahkan untuk tinggal sebumbung dengan madunya, Tyrah. Selain itu, mereka mengakui turut dipaksa tidur bertiga dan mandi bersama atas alasan yang tidak masuk akal.

“Kami disuruh tidur bertiga. Sebabnya? Sebab (dia) gila. Termasuk kena mandi sekali sebab dia nak tengok kedua-dua isterinya mandi telanjang depan mata. Normal ke? Kami kena duduk serumah itu satu hal, lepas tu kena tidur pula sekatil. Lepas tu nak disuruh buat hubungan bersama secara bertiga.


Di Tuduh Hidap HIV, Di Paksa Jual Diri

“Saya down sangat-sangat sebab disuruh tidur bersama. Selepas itu bila nak bangun untuk sembahyang Subuh, dia (suami) tanya nak pergi mana? Saya jawab nak pergi sembahyang. Dia kata, ‘Tak payah sembahyang la. Awak tu pelacur’. Suami sendiri sanggup berkata seperti itu kepada saya. Kemudian saya tetap berkeras nak pergi, berlaku adegan tarik menarik sebelum dia sepak punggung saya dan diheret sampai ke depan pintu serta disuruh berambus,” katanya.

Lebih teruk lagi, Kak Nad mendakwa lelaki itu menuduhnya menghidap penyakit HIV dan disuruh menjual diri semata-mata untuk membayar hutang ceti haram yang membabitkan puluhan ribu ringgit.


Paksa Isteri Bekerja Untuk Beli G Wagon

Sementara itu, Tyrah pula menjelaskan dia turut dilayan seperti hamba dan pelacur. Tujuan bekas suaminya berkahwin ramai juga bukanlah kerana agama.

“Dalam rumah itu, saya dilayan seperti hamba dan pelacur. Kenapa dia kahwin banyak isteri? Banyak isteri, banyaklah duitnya. Dia nak saya jual produk itu sebab dia kata, ‘Aku nak beli G Wagon, kalau awak isteri yang nak berbakti dan mahu keredhaan suami, awak kena bersungguh-sungguh mencari duit, pandai buat content dengan jual produk supaya saya dapat beli G Wagon’. Jadinya, saya yang kena bekerja (untuk dia),” katanya.

Pernah sekali Tyrah mahu mengeluarkan produknya sendiri tetapi diciplak oleh bekas suaminya itu. Malah dia meminta Tyrah menjual produk tersebut bersungguh-sungguh agar dia dapat membeli kereta Mercedes G Wagon. Dalam pada itu, Tyrah meminta bekas suaminya memadamkan semua video kolaborasi mereka bersama kerana selama ini dia tidak pernah sudi berbuat demikian.






 
Ada barang hilang di rumah bekas suami influencer Kelantan


Seorang pempengaruh media sosial (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk prosiding reman pada Selasa lalu.
KOTA BHARU – Polis mengesahkan terdapat beberapa barangan yang hilang di rumah bekas suami pempengaruh media sosial yang dicekup selepas dipercayai memecah masuk kediaman lelaki itu dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu mengaku dia melakukan perbuatan tersebut.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Siasatan mendapati ada barang yang hilang di dalam rumah bekas suami suspek. Wanita itu masih direman. Apabila kertas siasatan lengkap, kita akan serah kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Balai Polis Kok Lanas, di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang pempengaruh direman enam hari bermula Selasa lalu selepas dipercayai memecah masuk rumah bekas suaminya di Desa Rahmat di sini.

Polis menerima laporan daripada bekas madu wanita itu pada pukul 9.47 malam, Ahad lalu mengenai kejadian pecah rumah suaminya yang didakwa berlaku pada 22 Julai lepas.

Pengadu mendapati pintu gelongsor rumahnya terbuka sebelum mendapati beberapa barangan di dalamnya hilang.– KOSMO! ONLINE
 
‘Ya Allah, Laknatlah Kalau Aku Tipu’ – Bekas Suami Pempengaruh Nafi Buat ‘Tiga Serangkai’, Paksa Isteri-Isteri Mandi Bogel

Shahira


Bekas suami kepada pempengaruh, Tyrah Betyrah akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Jaja Cerita Rumah Tangga Di Live TikTok, Pempengaruh Ditahan Polis..Mengaku Pecah Masuk Rumah Bekas Madu

‘Wallahi Wabillahi Watallahi’

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, lelaki tersebut yang dikenali sebagai sebagai Erfan Akif bersama isterinya, Baby Azreen menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh pempengaruh tersebut selain mendakwa ianya adalah fitnah.

Isu yang paling teruk sekali adalah fitnah yang kata saya buat threesome. Demi Allah SWT, ‘Wallahi Wabillahi Watallahi‘, tak pernah seumur hidup saya buat threesome dengan semua isteri-isteri saya.


Kalau saya pernah buat dan tipu, laknatlah saya. Ya Allah, laknatlah aku kalau aku pernah buat threesome.

Dalam pada itu, Erfan turut menjelaskan mengenai fitnah yang mendakwa dia pernah menyuruh kesemua isterinya mandi bersama-sama dalam keadaan berbogel.

Demi Allah SWT, laknatlah aku kalau aku mandi bogel bersama semua isteri-isteri aku. Tak pernah buat.

Erfan menyifatkan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu merupakan satu fitnah yang sangat besar terhadap dirinya dan keluarga.

Oleh itu, Erfan meminta agar wargamaya menilai sendiri kebenaran memandangkan kedua-dua pihak telah pun memberi penjelasan mengenai perkara yang tular.

Sebelum ini, Tyrah bersama seorang wanita yang dipercayai bekas madunya pernah mendedahkan kisah rumah tangga mereka menerusi siaran langsung di TikTok.

Mereka mendakwa sering dikasari oleh bekas suamin selain mendakwa dipaksa untuk melakukan perkara di luar batasan.

Sumber: TikTok Baby Azreen
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register