Pemotong rumput didakwa halang tugas, cederakan polis

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,902
Reaction score
220
Points
33
941172.jpg


IPOH - Seorang pemotong rumput dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan menghalang tugas dan mencederakan polis, Selasa lalu.

Tertuduh, P Subramaniam, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menghalang Sarjan Mohd Zainuddin Mohd Jidin daripada menjalankan tugas dengan enggan menunjukkan kad pengenalan semasa diminta untuk pemeriksaan.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada empat anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota terbabit dengan memukul kepalanya menggunakan topi keledar iaitu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Jalan Sungai Pari berdekatan Flat Harmoni, kira-kira jam 3.15 petang, Selasa lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya K Darinee manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Ranjit berkata, tertuduh akan membuat laporan polis terhadap penjawat awam berkenaan yang didakwa tidak memakai seragam polis semasa meminta kad pengenalannya.

Difahamkan laporan polis akan dibuat selepas jaminan diselesaikan oleh isterinya.


== sinar harian
 
Top
Log in Register