BTC USD 67,573.3 Gold USD 2,315.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Man City Peminat Manchester City - Cityzens

1000217188.jpg


Phil Foden is having the season of his life 🔥🔵
 
Sponsored Post

1000217844.jpg


- Could Rodri play for the 1992 Barcelona ‘Dream Team’?

🎙️ Pep Guardiola: "He would compete with me for the position; that would be trouble for Rodri! If I was the manager, I would pick myself – but Johan Cruyff was the manager, and he was smarter than me; he would pick Rodri by far!”
 
Tidak pasti jika ada atau tidak pemain yang melakukan 72 penampilan tanpa sebarang kekalahan seperti Rodri lakukan ketika ini.

Rodri, merupakan pemain penting dalam kejuaraan PL untuk Manchester City, pemain penting dalam mencapai kejuaraan treble musim lalu. Seni bola sepaknya cukup mempersona.

Pemain No.6 ini telah tampil 34 perlawanan dari 38 perlawanan PL musim ini. Mencatat 122 passes per game, menjaringkan 8 gol dan 13 bantuan gol untuk musim 2023/24. Sekali lagi, dia hanyalah pemain No.6.

Rodri satu contoh pemain yang melalui perkembangan pesat sejak sertai City. Pemain ini pernah bergelut pada awal ketibaannya dulu. Pep sendiri pernah menegur Rodri yang melakukan kesalahan pada awal kariernya di City.

Rodri berkata dia banyak belajar sejak join Manchester City. Di La Liga, dia banyak belajar perkara sisi lain seperti menjadi prolifik tackler, aspek defensive shape, struktur badan untuk lebih kuat. Di City progress dia lebih dari itu. Rodri mula menjadi lone pivot bahagian tengah dengan beberapa arahan tactical dari Pep.

"Anda perlu duduk disitu (No.6). Jangan banyak bergerak, anda terlalu banyak buat pergerakkan. No.6 perlu bermain 5 sentuhan atau 3 sentuhan, kadang-kadang hanya 1 sahaja sentuhan. Dia (Rodri) pada mulanya memang bergelut dan kemudian dia mengikuti rhythm yang kami mahukan. Apabila kami (City) dengan bola, Rodri tahu apa keperluan untuk bertindak. Aspek space, attack, tempo pasukan ditangannya".

Rodri menjadi lebih baik sejak itu. Sikit demi sedikit dia menjadi pemain lebih baik, sentiasa berada pada kedudukan yang betul.
Pemain yang akan mengekalkan dominasi penguasaan, menstabilkan keadaan dan menghidupkan sistem City.

Satu tambahan pada Rodri adalah keupayaan dia menjaringkan gol. Mempunyai satu set 'ball striking' yang tajam menambahkan lagi kualiti pemain No.6 ini. Bersama Manchester City, Rodri mempunyai koleksi 22 gol, catatan agak tinggi bagi pemain No.6.

Moment Rodri melakukan pergerakan, membuat hantaran, mengawal penguasaan bola, itu menjadikan City lebih baik dalam setiap perlawanan. Faktor 'availability' juga meletakkan Rodri pemain penting kepada Pep ataupun City. Pemain yang sentiasa 'fit' dan bersedia untuk bermain sepenuh musim.

Datang dengan reputasi promising defensive midfielder dari La Liga. Kemudian melalui proses pembentukkan pemain sesuai dengan kualitinya, Rodri adalah bukti perkembangan pemain perlu berada pada orang yang tepat dan betul.

kredit-Don K-Rul IZham
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register