BTC USD 64,026.1 Gold USD 1,776.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin UMNO disaran sampai wang ihsan hingga ke rumah

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
16
Points
30
BACHOK: Semua pemimpin UMNO Bahagian di Kelantan disaran mendekati rakyat dengan menyampaikan sendiri bantuan wang ihsan kepada penduduk yang layak dari rumah ke rumah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Katanya, tindakan turun padang pemimpin bahagian adalah lebih berkesan daripada menyampaikan bantuan itu secara berkelompok sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.
"Di samping menyampaikan wang itu, mereka juga dapat merasai sendiri bagaimana pahit maung penduduk kampung terutama pada musim tengkujuh ini," katanya selepas merasmikan majlis khatam rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di sini, hari ini.

Seramai 135 murid sekolah rendah di kawasan DUN berkenaan menyertai majlis itu yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD).

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, berkata selain itu mereka juga berpeluang menjelaskan isu-isu semasa seperti pengurangan subsidi bahan bakar dan gula kepada penduduk agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pakatan pembangkang.

Katanya, akaun wang ihsan masih lagi berbaki lebih RM10 juta daripada RM25 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat dan jumlah baki itu akan dibelanjakan tahun depan dengan melaksanakan pelbagai program berfaedah untuk rakyat di negeri itu. - BERNAMA


sper yg tadbir kelantan skang ni????:-?
 
Sponsored Post

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
apa kena mengena UMNO dengan wang ihsan?

kalau tak nak kasi kat Kerajaan Negeri pun, biarlah agensi Pusat yang buat.

Apa kena mengena dengan UMNO atau PAS?

gila....
 

zia

Fun Poster
Joined
Jul 9, 2009
Messages
700
Reaction score
24
Points
15
patut yg tadbir wang ehsan adalah dr pihak agensi kerajaan..bukannya parti ie..org umno..camne la x berlaku nya ketirisan..
 

aweks88

Junior Member
Joined
Aug 6, 2010
Messages
55
Reaction score
0
Points
6
tumpang tya... heheheh... wang ihsan tu datang dari mna erk?? cek baru blajor.;-)
 

PipFX

Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
2,206
Reaction score
120
Points
33
watch


Ini la yg akan jd bile wang ehsan tidak diagihkan melalui kerajaan negeri..:D:D:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register