BTC USD 57,135.2 Gold USD 1,771.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin politik giat melobi 'kejar' Ijazah Kehormat Doktor Falsafah?

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Pemimpin politik giat melobi 'kejar' Ijazah Kehormat Doktor Falsafah?

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin besar sebuah parti politik dilapor giat melobi dirinya supaya dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam.

Memetik laporan portal Malaysia Dateline, tindakan melobi itu didakwa dilakukan secara agresif oleh pejabat seorang menteri besar bagi membolehkan pemimpin mereka mendapat anugerah itu.


"Memang kuat mereka melobi untuk mendapat Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Islam.


"Mereka melobi direct (secara terus) kepada dekan," kata satu mesej yang tular di media sosial, seperti dilapor portal tersebut.

Malah, sumber yang mengesahkan perkara tersebut berkata tindakan itu akan memalukan universiti dan cendekiawan kerana individu itu pernah dikatakan menjadi punca perpecahan umat Islam dan Melayu.

"Walhal untuk ijazah kehormat ini kena ada pencalonan dan penilaian yang ketat manakala dekan pula perlu membacakan fakta-fakta dan mempertahankan kenapa anugerah ini diberikan," kata sumber itu.

Antara tokoh-tokoh besar yang pernah mendapat anugerah doktor kehormat pengajian Islam ini adalah Sheikh Idris Al Marbawi dan Profesor Datuk Dr Abdul Shukur Hussin, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sumber:astroawani
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,786
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,786
Reaction score
22,055
Points
1,671
*TINDAKAN AHLI POLITIK LOBI IJAZAH KEHORMAT MEMALUKAN, TIDAK WAJAR BERLAKU*

17 Oktober 2021

Pendedahan portal Malaysia Dateline bahawa wujud usaha melobi agar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam Kehormat kepada seorang pemimpin tertinggi parti politik oleh pejabat seorang menteri besar boleh disifatkan sebagai amat keji dan memalukan.

Sekiranya anugerah berprestij ini dipaksakan untuk diberikan oleh universiti kepada pemimpin parti politik, hal ini akan mencemar nama baik universiti berkenaan.

Apatah lagi nama yang dilobi itu, sebagaimana sebut sebagai punca perpecahan umat Islam dan Melayu. Hal ini sudah pasti memberikan imej dan kredibiliti yang buruk kepada universiti terbabit.

Pemimpin politik seharusnya mempunyai rasa malu untuk memaksa institusi pendidikan memberi anugerah kepada mereka.

Pemimpin politik juga tidak seharusnya ikut campur tangan dalam soal autoriti universiti dalam memberikan anugerah terbabit yang menurut penilaian mereka layak dan mempunyai merit untuk mendapat gelaran terbabit.

Sesuatu yang berprestij tinggi sebegini tidak boleh diperoleh melalui usaha melobi secara tidak bermaruah ini.

Pemuda AMANAH Terengganu mengesa Pejabat Menteri Besar yang giat melakukan tindakan terbabit untuk segera insaf dan tidak melanjutkan usaha keji berkenaan.

Firdaus Muhammad
Pengarah Biro Pendidikan Pemuda AMANAH Terengganu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register