Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat pra parlimen 1/11/20 m/s 4

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
Mesyuarat khas hari ini.
#malaysiagazette #PolitikMalaysia

Vigneswaran, Hadi Awang dilihat memasuki Perdana Putra


26 October 2020

MGF26102020_MESYUARAT-PMO06-681x454.jpg

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba untuk bermesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra jam 9.20 pagi tadi bagi mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.
Di luar perkarangan Perdana Putra, dua presiden parti iaitu Tan Sri S A Vigneswaran dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra.


Kedua-dua mereka dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin jam 9.30 pagi sebelum beliau mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.
Muhyiddin dijadual mempengerusi mesyuarat Jemaah Menteri, pagi ini.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu masih tidak diketahui oleh sebahagian besar menteri.
Pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan. – MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
#putrajaya Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu dikatakan masih tidak diketahui. https://www.hmetro.com.my/.../pm-tiba-di-perdana-putra

PM tiba di Perdana Putra


KENDERAAN dipercayai membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada 9.20 pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah

KENDERAAN dipercayai membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada 9.20 pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah



Putrajaya: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

Lewat malam tadi, BH melaporkan pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.
Sumber berkata, jemputan mesyuarat dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tengah hari semalam, iaitu sebelum mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bermula.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu dikatakan masih tidak diketahui.

Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.
Katanya, keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 10:04 AM


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
#BHnasional Difahamkan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengadakan pertemuan dengan presiden parti dalam PN, hari ini
https://bit.ly/34tgPMn


Presiden MIC, PAS tiba di Bangunan Perdana Putra

Oktober 26, 2020 @ 9:55am


perdaputra1a_1603677482.jpg

Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Difahamkan, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengadakan pertemuan dengan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Turut kelihatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang tiba pada jam 9.27 pagi tadi.
BH semalam melaporkan, Muhyiddin dijadual mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, pagi ini.

Bagaimanapun, agenda mesyuarat di Putrajaya pagi ini tidak diketahui, namun dipercayai bagi membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
#BHnasional Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah tiba jam 10.04 pagi diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disusuli Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique
https://bit.ly/2FYZ6Tz

Menteri Kabinet dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra

Oktober 26, 2020 @ 10:36am


BANGUNAN_PERDANA_PUTRA26oktxx_1603679748.jpg

Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, dilihat tiba di perkarangan Bangunan Perdana Putra, jam 10.04 pagi tadi.
Kira-kira 10 minit kemudian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat tiba.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pula dilihat tiba pada jam 10.20 pagi.

Mereka dijangka menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga sudah dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra pagi ini.

BH semalam melaporkan, Muhyiddin dijadual mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, pagi ini.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu masih tidak diketahui oleh sebahagian besar menteri.

Pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

 

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
577
Reaction score
71
Points
30
Mesyuarat kabinet lagi? MP2 lain pembangkang, MB, KM etc tak join? Nak planning apa pulak lagi? Tak abih2 lagi ker?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
Agenda sebenar mesyuarat khas Kabinet itu masih teka-teki sehingga kini.
#AWANInews #AWANIpagi #PolitikMalaysia

Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra


Oktober 26, 2020 10:23 MYT
Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra

Kenderaan membawa Muhyiddin dilihat tiba di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.20 pagi, Isnin. -Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira pukul 9.20 pagi, Isnin.
Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.


Turut kelihatan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tiba kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kira-kira tujuh minit kemudian, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga dilihat tiba.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai keputusan Baginda untuk tidak mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini kerana tidak wujud keperluan.

Jemputan untuk membincangkan keputusan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu itu dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum mesyuarat khas itu bermula.
Namun demikian, agenda sebenar mesyuarat khas Kabinet itu masih belum diketahui setakat ini.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
Pertemuan itu berlangsung selama dua jam di pejabat Muhyiddin

Dua presiden parti PN selesai bertemu Muhyiddin
26 Oktober 2020




1603686959106.png

Bangunan Perdana Putra.

PUTRAJAYA - Dua presiden parti Gabungan Perikatan Nasional (PN) selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu berlangsung selama dua jam di pejabat Muhyiddin di sini.

Kenderaan yang membawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat keluar meninggalkan bangunan Perdana Putra pada jam 11.30 pagi.

Ia diikuti oleh Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran empat minit kemudian.

Bagaimanapun usaha pemberita untuk mendapatkan penjelasan mengenai pertemuan itu gagal selepas kedua-duanya tidak menurunkan cermin kereta ketika didekati.
Terdahulu, Abdul Hadi dan Vikneswaran tiba sekitar jam 9.20 pagi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,854
Reaction score
11,089
Points
1,906
Perjumpaan dengan ketua-ketua parti yang menyokong PN itu diadakan pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat khas kabinet.

1603687447140.png


Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir


Diterbitkan Hari ini 11:13 am

Dikemaskini Hari ini 12:39 pm


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.
Menurut satu sumber Umno, bagaimanapun perjumpaan itu tidak dihadiri presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pertemuan dengan ketua-ketua parti itu diadakan pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat khas kabinet yang dijadual 10.30 pagi hari ini.
"Kesemua ketua parti termasuk Sabah dan Sarawak hadir ke pertemuan pagi tadi.

"Cuma Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, sumber itu tidak mengesahkan sekiranya Umno menghantar wakilnya untuk menghadiri pertemuan tersebut.

"Itu saya tidak pasti. Yang saya boleh sahkan Zahid tidak hadir.

"Yang kedua, pertemuan ini untuk presiden-presiden parti politik yang sokong PN," tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu yang Zahid menukar keputusan untuk tidak hadir pada saat-saat akhir pada pagi ini.

"Sememangnya beliau dijadualkan hadir pada mesyuarat pada pagi ini, namun beliau menukar fikiran pada saat-saat akhir atas keputusan peribadi," kata sumber tersebut.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Bangunan Perdana Putra, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, pagi tadi.
Malam tadi, menteri kabinet mengadakan pertemuan tidak rasmi di rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara setelah Yang Di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Sumber kerajaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa semua menteri hadir dalam pertemuan yang diadakan beberapa jam selepas Yang Di-Pertuan Agong secara rasmi menolak permintaan darurat oleh Muhyiddin yang dikemukakan pada Jumaat lalu.

Mesyuarat bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register