BTC USD 37,405.9 Gold USD 1,798.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin Muda DAP Mahu Anwar Lepaskan Jawatan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,153
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,153
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
23.11.2021 - Kuala Lumpur, Beberapa pemimpin muda DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kepimpinannya dalan Pakatan Harapan (PH) dan PKR susulan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya di Melaka. Malahan, terdapat pemimpin muda parti itu yang mendesak kepimpinan pusat DAP untuk mempertimbangkan kemungkinan pengunduran daripada PH. Setiausaha Pemuda Sosialis DAP, Eric Teh berkata, susulan kekalahan di Melaka, adalah jelas bahawa Anwar tidak lagi sesuai memimpin PKR atau PH.

“Adalah menjadi harapan bahawa kekalahan yang berlaku akan menyedarkan beliau untuk berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada orang lain. Ini adalah untuk membolehkan perangkaan strategi yang baharu dengan segera, selain meningkatkan semangat untuk mendepani pilihan raya umum,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Katanya, pada ketika ramai pihak menyalahkan peratusan keluar mengundi yang rendah sebagai punca kekalahan PH, pakatan politik itu juga perlu bertanya kenapa penyokong asal mereka tidak keluar mengundi. Setiausaha DAP Pahang, Lee Chin Chen pula berkata, PH tidak patut menerima katak politik dan mencipta pelbagai alasan untuk memunasabahkan penerimaan mereka. Katanya, sandiwara politik yang menunjukkan tindakan tidak berprinsip menyebabkan pengundi Cina yang tegar menyokong PH sebelum ini kurang berminat untuk mengundi.

“Tanpa sokongan kuat pengundi Cina, maka kami kalah tipis di kawasan campuran,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui pula berkata, meninggalkan PH dan berjuang secara bersendirian merupakan salah satu pilihan buat DAP. Katanya, keadaan itu akan mengelakkan DAP daripada menerima tempias rakan-rakan pakatan. Menurutnya, rakan politik tidak bersuara secara tegas untuk kaum bukan Melayu dalam isu jenama Whisky Timah dan penutupan kedai nombor ramalan di Kedah.

“Jika prinsip kami berbeza, maka tidak perlulah kami berjuang bersama. Kalau begitu, bukankah lebih baik untuk DAP meninggalkan PH supaya kami boleh memperjuangkan nilai sejagat seperti kemajmukan, sekularisme, keadilan dan kebebasan?” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.
1637640557961.png

 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
meh aku bekap bang non jap

geng dap ni kalau dulu bertanding pru14 pakai bendera sendiri

belum tentu menang putrajaya weii

sbb janji nak keluarkan anwar dulu juga yg buatkan penyokong dia all out aritu

dap kalau bertanding sendiri.. silap2 kena baham dgn mca ke nanti hehe
 

eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,889
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,889
Reaction score
1,102
Points
156
bagus la Nuar bersara .. bawak sekali Madey + Jibby + Zahid + Muhyidin + LKS + Mat Sabut

dorang nih la yg buat semak politik Mesia
 

stonz

Active+ Member
Messages
4,950
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,950
Reaction score
234
Points
43
lor,pastu DAP la keluar daripada PH... menyemak pulak DAP ni...
 

pelitaminyak

Super Active Member
gem
Messages
6,372
Joined
Aug 13, 2008
Messages
6,372
Reaction score
1,757
Points
151
Depa bagi yg muda cucuk daun........ Create isu...........
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,153
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,153
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Nak Saya Letak Jawatan, Boleh Teliti Tapi Jangan Angkuh - Anwar

23.11.2021 - Kuala Lumpur, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sedia meneliti apa-apa pandangan supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) namun menegaskan desakan itu tidak harus dibuat secara angkuh.

“Itu pandanganlah (desakan letak jawatan). Kita teliti juga tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh sehingga menimbulkan reaksi tidak baik dalam kalangan lain,” katanya.

Beberapa pihak termasuk ADUN Bilut daripada DAP, Lee Chin Chen, mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu. PH hanya menang lima daripada 28 kerusi ditandingi manakala semua 11 calon PKR turut tewas. Anwar berkata, beliau bertanggungjawab atas kekalahan itu dan juga keputusan PH menerima dua bekas ADUN Umno bertanding pada PRN atas tiket PH.

“Saya kena pikul tanggungjawab,” katanya ketika ditanya mengenai desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH dan penerimaan dua bekas ADUN Umno itu sebagai punca kekalahan teruk PH di Melaka.

Selain Lee, desakan sama turut ditimbulkan beberapa ahli politik lain termasuk penganalisis Wong Chin Huat, yang mencadangkan PKR bergabung dengan Amanah. Naib Presiden Warisan, Junz Wong, juga mendakwa rakyat sudah menyampah dengan PH yang didakwa berulang kali memungkiri dan mahu melihat kepimpinan baharu.

Bagaimanapun, Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata tidak adil meletakkan semua kesalahan di bahu Anwar semata-mata. Dalam pada itu, Anwar berkata kekalahan PH perlu dilihat daripada semua aspek kerana setiap pihak ada pandangan sendiri dan kegelisahan yang disuarakan.

“Kena lihat semua aspek kerana ia tak semudah itu. Kita jumpa di kampung macam mana pandangan orang lain, jumpa di bandar, masyarakat Cina, India, Orang Asli dan Melayu majoriti ada beberapa kegelisahan dia perlu dengar,” katanya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...n-boleh-teliti-tapi-jangan-angkuh-kata-anwar/
 

findemas

Active+ Member
Messages
3,937
Paid Membership
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,937
Reaction score
313
Points
51
Sibuk la DAP ni hal parti lain. Tak puas hati konon, kalau berani keluar la dari PH tu. Cakap je berdegar-degar. Jenis penipu tetap penipu jugak.
 

SMI6

Active+ Member
Messages
3,898
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,898
Reaction score
938
Points
86
meh aku bekap bang non jap

geng dap ni kalau dulu bertanding pru14 pakai bendera sendiri

belum tentu menang putrajaya weii

sbb janji nak keluarkan anwar dulu juga yg buatkan penyokong dia all out aritu

dap kalau bertanding sendiri.. silap2 kena baham dgn mca ke nanti hehe
Betul bro...diorg ni lupa jasa bang non.

Kalau tak sebab lambang mata lebam tu mmg tak ad la org nak pangkah DAP.

Dekat pulau pinang je diorg berani pakai lambang rocket.

Modal nak hentam DAP dah byk skg, punya byk gone eng tu janji nak bagi free..last2 30 hinggit je dia bg. Bola tanggung yang DAP cipta sendiri
 
Last edited:

eizzbizz

Super Active Member
gem
Messages
9,889
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,889
Reaction score
1,102
Points
156
Nuar bersara ... suka Jemin ... agak² bole la tarik 10-20 org pkr join bersatu ..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register