Pemimpin muda Bersatu Adam Asmuni tauke ganja berjaya

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
1611303674167.png


Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar


Diterbitkan 22 Jan 2021, 3:34 pm

Dikemaskini 4:16 pm



Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.
Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.
Dia berkata polis bertindak setelah mendapat maklumat awam dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyerbu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama.
"Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.
"Kami juga menemui daun kering ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas," kata sumber lagi.

Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM60,000.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama ahli politik ini kecuali dia telah didakwa. Dia masih suspek dan tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan.

Suspek juga tidak memegang apa-apa jawatan yang diraih secara undian dalam Bersatu. Dia merupakan ahli lantikan dalam sebuah biro dalam Armada.

Ketika PRU 2018, dia menjadi calon Bersatu di kerusi Parlimen di Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kes ini dan ia di bawah siasatan polis Kuala Lumpur.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin dan sedang menunggu maklum balasnya.

Ini bukan kali pertama seorang tokoh Bersatu disiasat atas kes berkaitan dadah.

Pada Januari tahun lalu, Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah merupakan antara yang ditahan dalam satu serbuan berkaitan dadah di Kuala Lumpur.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada mulanya berkata 16 (daripada 17) yang ditahan di sebuah unit kondominium setelah mereka diuji positif dadah. Dadah jenis ketamine dan ganja turut ditemui di unit tersebut, katanya.

Dua bulan kemudian dan setelah pertukaran kerajaan, pihak berkuasa memaklumkan laporan patologi Adhif mendapati ujian air kencingnya negatif dan Pejabat Peguam Negara mengarahkan semua siasatan diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Korek Korek

4m ·

Malaysiakini lapor, seorang pemimpin Armada Bersatu ditahan polis dua hari lepas (22 Januari 2021) atas kesalahan memiliki ganja dalam jumlah yang besar.
https://www.malaysiakini.com/news/560035

Polis menemui 7 pokok ganja dan dua anak pokok ganja.

Turut ditemui, 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja dan sejumlah besar cecair ekstrak ganja.

Suspek pernah bertanding jawatan tinggi dalam Armada tahun lepas, namun tewas.

Beliau juga pernah bertanding dalam kerusi Parlimen PRU 2018 di Perak, namun tewas dengan undian terendah dalam saingan tiga penjuru.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika didapati bersalah, boleh dihukum gantung mandatori.

1611303804270.png
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,494
Reaction score
2,008
Points
201
Den da kato
Minum beer lebih selamat
dadah tu haram
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,300
Reaction score
21,165
Points
1,671
pertanian adalah perniagaan.

sumber cepat kaya jd tokan ni
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,208
Reaction score
2,608
Points
206
satu lagi bukti usahawan tani tak perlu bantuan MOA.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Sponsored Post
Top
Log in Register