BTC USD 57,379.0 Gold USD 1,795.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin DAP menghasut patut didakwa

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
IPOH: Pemuda Barisan Nasional (BN) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta polis menyelesaikan cepat siasatan terhadap pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan menghasut dan mendakwa mereka di mahkamah dengan segera.

Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi, berkata pihak berkuasa patut mendakwa Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengikut Akta Hasutan 1948.

“Mereka mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menimbulkan rasa tidak senang kaum lain.

“Bukan saja orang Melayu, kaum Cina dan India juga melahirkan rasa terkejut mereka dengan kenyataan pemimpin DAP.

“Kulasegaran dan Nga patut memohon maaf secara terbuka atau polis mendakwa mereka,” katanya selepas bantahan aman berhampiran Wisma DAP Perak di sini, semalam.

Sebelum itu, jam 3.40 petang semalam, hampir 200 ahli Pemuda BN Perak berhimpun secara aman untuk menghantar surat kepada Kulasegaran dan Nga supaya memohon maaf.

Mereka melaungkan slogan 1Malaysia dan membawa pemidang meminta orang Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat menyuarakan pendirian terhadap kenyataan Kulasegaran dan Nga. Namun, pejabat DAP ditutup semalam kerana cuti hujung minggu.
 
Sponsored Post

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
kita tengok apa tindakan pihak yang ada kuasa...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register