BTC USD 49,864.1 Gold USD 1,693.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin agama Israel minta hujan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.

TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.

Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.

Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.

Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.

Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.

Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.


GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.

Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.

Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
boleh ek minta hujan guna trompet.
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
dah turun hujan ke lom ? :))
 

Raykie

Super Active Member
Joined
Sep 24, 2010
Messages
6,899
Reaction score
83
Points
70
sampai naik belon tu nak minta hujan turun. apa punya cara la diorang ni pakai. pelik..
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
hohoh dah nak kemarau israel ni
tah hape2 yahudi ni buat xtau la
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,390
Reaction score
1,559
Points
201
elok kasi 10thn kemarau je .. bia dia rase hidup susah
 

rahaz

Banned
Joined
Aug 26, 2010
Messages
1,479
Reaction score
4
Points
25
Haa..kenapa israel 1 dunia kalut sangat nak mintak hujan kenalah buka thread "Keringnya Tasik Galilee"! Info yg menarik!
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
kalau tak turun esok buat lagi macam tu. kalau turun, depa bangga la pasal makbul. :D:D

kalau turun lepas tiup ... lagi bangga ... tuhan sayangkan mereka :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register