BTC USD 53,945.2 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik, Pembantu Rumah Kebajikan Di Syaki Pukul Warga Emas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,646
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,646
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
26.04.2024 - Pemilik dan pembantu sebuah rumah kebajikan warga emas ditahan untuk membantu siasatan kes seorang lelaki warga emas dipukul dengan kayu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima aduan itu daripada seorang wanita berhubung kejadian itu jam 3.50 petang, semalam. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, terdapat empat rakaman video berkaitan kejadian itu yang dipercayai tular di media sosial.

"Susulan itu, polis menahan lelaki berusia 44 tahun yang juga pemilik rumah kebajikan serta pembantu wanita berusia 36 tahun. Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 70 tahun itu sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azizul berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sekiranya terdapat mangsa lain yang turut dipukul di rumah kebajikan berkenaan. Beliau berkata, kedua-dua individu itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 27 April. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat.

"Pihak polis turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana siasatan masih diteruskan. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada IPD Kulim untuk tindakan lanjut," katanya.
 
Sponsored Post

1714106683678.png

1714106698715.png
 
Rumah Kebajikan Warga Emas Di Pukul Tidak Berdaftar

27.04.2024 - Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah baru-baru ini didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hal itu dibongkar selepas siasatan dilakukan oleh pihak JKM serta polis terhadap rumah kebajikan swasta itu.

“Apa yang kita akan lakukan selepas ini adalah apabila selesai siasatan daripada pihak polis kita akan tutup rumah kebajikan tersebut. Saya ingin mengingatkan kepada mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab menjalankan tugas menjaga warga emas supaya menjalankan tugas dengan baik. Kita perlu ingat satu hari nanti kita juga akan berada di situasi itu (akan tua) dan kita memerlukan orang melindungi kita,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Daerah Kuching di sini, hari ini. Khamis lalu, polis menahan pemilik rumah kebajikan itu, seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu. Sebelum itu, rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial.
1714203000747.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register