Pemilik kelab Chelsea hadiahkan kapal layar RM152 juta kepada Presiden Putin

Recommended Brokers


TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,816
Reaction score
20,714
Points
1,661

KAPAL sepanjang 57 meter, Olympia, yang didakwa diberikan kepada Putin.

Moscow: Pemilik Kelab Bola Sepak Chelsea, Roman Abramovich didakwa menghadiahkan Presiden Russia sebuah kapal layar bernilai £25 juta (RM152 juta) selepas Vladimir Putin menjadi presiden.

Hadiah itu dilaporkan hanya sebahagian kecil kekayaan Putin yang dianggarkan £28 bilion (RM170 bilion). Kapal layar sepanjang 57 meter yang dinamakan Olympia itu mampu memuatkan 10 penumpang dan 16 anak kapal.

Perkara itu didedahkan selepas pegawai Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menuduh Putin rasuah, nepotisme dan menggelapkan wang kerajaan.

Kekayaan presiden Russia itu - yang gaji rasminya berjumlah £80,000 (RM457,000) – sudah lama menjadi topik perbualan dan spekulasi.

Pesaing politiknya mendakwa mempunyai dosier yang menunjukkan Putin memiliki lebih 20 istana dan rumah tumpang di kawasan perkampungan, selain 58 pesawat serta helikopter.

Laporan itu turut mendakwa dia menggunakan jet peribadi dengan kabin bernilai £110 juta (RM669 juta) dilengkapi kemasan emas dan tandas bernilai £50,000 (RM304,000).

Putin yang minggu lalu dituduh mengarahkan pembunuhan bekas perisik KGB, Alexander Litvinenko di London, sering menggambarkan dirinya sebagai ‘orang kebanyakan’ untuk meraih sokongan politik.

Kelmarin, pegawai Perbendaharaan AS Adam Szubin yang bertanggungjawab memantau sekatan oleh jabatan itu berkata, kerajaan AS ‘sudah tahu mengenai rasuah Putin selama beberapa tahun.’

Antara kekayaan lain dimilikinya termasuk istana bernilai £500 juta (RM3 bilion) di persisir Laut Hitam selain kediaman seluas 2,300 ekar di Tasik Valdai, barat laut Russia.

Dmitry Skarga, yang menjalankan firma pelayaran kerajaan Russia, Sovcomflot berkata, dia menyelia proses pemindahan kapal layar itu.

“Memang Abramovich memindahkan kapal layar itu kepada Putin melalui pekerjanya. Saya berada di atas kapal itu pada akhir Mac 2002 di Amsterdam,” katanya.

Peguam Abramovich berkata, dakwaan itu tidak mempunyai bukti.

Dia bagaimanapun tidak menafikan bahawa Abrahamovich ada menghadiahkan kapal layar kepada Putin.

Mengulas mengenai tuduhan itu, jurucakap Putin berkata, dakwaan itu ‘rekaan semata-mata.’ - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110428#sthash.tvL6H0Lp.dpuf
 
Top
Log in Register