akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,516
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,516
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Seorang pemilik restoran merasa terkilan apabila status halal makanan dihidangkan di premisnya dipersoalkan hanya kerana menggunakan tanglung sebagai hiasan.
Menerusi satu hantaran di platform Facebook, pemilik dikenali sebagai Wa Nita Ni itu menjelaskan penggunaan tanglung tersebut adalah selaras dengan konsep restoran.
Hal ini berikutan restoran miliknya yang terletak di tengah bandar Kuantan, Pahang itu menawarkan hidangan Yong Tau Foo ‘ala’ masakan Cina sebagai menu utama.
Menurut Nita, sebagai peniaga dia menghormati hak pelanggan untuk memastikan makanan dihidangkan halal namun cara itu disifatkannya sebagai tidak berhemah.
“Hari ini ada pelanggan minta saya mengucap dua kalimah syahadah. Dia bertanya kedai ini milik peniaga Melayu atau Cina, Islam ke, siapa pemiliknya, (kalau Melayu) habis yang ada tanglung ini?
“Iya, saya hormati itu (keinginan pelanggan). Islam memang wajib menjaga sumber makanan. Tetapi cara persoalkan itu tidak berhemah. Kita sudah cakap kedai ini milik Melayu, Islam.
“Tanglung pula digantung sebab konsep kedai yang hidangkan masakan ala Cina. Ya, saya pemiliknya. Tak cukup lagi, dia minta pula saya mengucap,” kesal pemilik restoran itu.
Mengulas lanjut Nita berkata, tanglung tidak sepatutnya menjadi isu yang berbangkit kerana ia hanyalah lampu direka mengikut konsep budaya Cina, bukanlah agama.
“Hanya tanglung pun boleh jadi isu ya, cakap satu Malaysia. Bagi sayalah, tanglung ini hanyalah sekadar lampu,” ulas Nita dalam hantaran yang sama menerusi akaun Facebook miliknya.
Tular di media sosial, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna berpendapat bahawa pelanggan itu tidak mampu membezakan budaya dan agama.
Ramai juga pengguna tampil memberi peringatan bahawa bangsa Melayu bukanlah satu-satunya kaum yang memeluk agama Islam terutamanya di negara ini.
“Tak fahamlah, benda itu lampu perhiasan sahaja. Bukannya untuk disembah. Malah masyarakat Islam di negara China juga menggunakan tanglung untuk perhiasan,” kata seorang pengguna.
“Sedihnya. Mana-mana bangsa tetap dikenali sebagai Islam kalau agamanya Islam. Tiada diskriminasi walaupun hanya pada hiasan lampu. Sedangkan bukan semua bangsa Arab beragama Islam.” Tegur pengguna lain.