Pemilik kedai gunting rambut ditemui mati

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
JOHOR BHARU: Seorang pemilik kedai gunting rambut ditemui mati dalam berkeadaan tidak berpakaian di dalam biliknya di sebuah rumah teres di Bandar Selesa Jaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Abdul Aziz Ahmad, berkata mayat lelaki berumur 49 tahun dan masih bujang itu ditemui rakan serumahnya yang pulang kira-kira 10.45 malam dengan kaki dan tangan mangsa diikat dengan wayar manakala mulutnya diikat dengan kain.

"Rakannya yang pulang dari kerja mendapati pintu rumah tidak berkunci dan terbuka sebelum menemui rakannya itu di bilik dalam keadaan sedemikian," katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa dan rakannya hanya tinggal berdua di rumah berkenaan dan dia dipercayai sudah meninggal dunia antara tiga atau empat jam sebelum mayatnya ditemui rakannya.

Beliau berkata, punca kematian mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada kesan pergelutan, tiada barangan yang hilang dan tiada kesan darah di tempat kejadian.
 
Sponsored Post

alia_angel

Super Active Member
Joined
Oct 25, 2008
Messages
5,254
Reaction score
29
Points
70
tgu je brita selepas nie.....
selepas bedah siasat....
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
yang pasti tiap2 ari mesti ada orang mati.. >:) >:) >:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register