BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik kapal buat laporan polis, NGO Semboyan Malaysia didakwa ceroboh dan curi kenderaan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,869
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,869
Reaction score
6,918
Points
881
Awards
1
Pemilik kapal buat laporan polis, NGO Semboyan Malaysia didakwa ceroboh dan curi kenderaan

MV Malaysia Star membuat laporan polis terhadap Semboyan Malaysia dengan mendakwa kumpulan itu menceroboh dan mengambil beberapa kenderaan tanpa kebenaran.
ISU pemilikan kenderaan mencetuskan ketegangan apabila pemilik kapal, MV Malaysia Star membuat laporan polis terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Semboyan Malaysia dengan mendakwa kumpulan itu menceroboh fasiliti penyimpanan dan mengambil beberapa kenderaan tanpa kebenaran.

Peguam pemilik kapal, Jeremy M Joseph berkata, kejadian berlaku di VV eMall, Jalan Bayu Laut, Kota Bayuemas, Pendamaran, Klang, Selangor pada Khamis.

“Kami kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh individu bernama Yusuf Azmi dan aktivis Semboyan Malaysia.

"Mereka telah memasuki fasiliti penyimpanan secara tidak sah dan mengambil beberapa kenderaan yang statusnya masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Tetak pekerja kedai nasi kandar sampai mati, polis cari 4 suspek di Tasek Gelugor

BACA LAGI: [VIDEO] 'Keadaan jasad macam tisu basah', tular pengunjung jumpa mayat reput dalam kereta di parkir 'basement' pusat beli-belah terkemuka KL

Beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga mencetuskan kekeliruan dalam isu pemilikan kenderaan yang sah.

“Kami telah membuat laporan polis dan sedang mempertimbangkan tindakan lanjut bagi memastikan hak pemilik kapal terpelihara,” tambahnya.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa, manakala pemilik kapal sedang meneliti kemungkinan mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap pihak yang terlibat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
 
Sponsored Post

PART 1 - KAMI DAH JUMPA KERETA YANG DISOROKKAN ‼​

Mereka ingat kami akan diam. Mereka fikir kami akan menyerah. Tapi kami tidak akan biarkan diri kami terus ditindas!

PART 2 - KAMI DAH JUMPA KERETA YANG DISOROKKAN ‼​

Kami sudah tahu lokasi sebenar kenderaan yang mereka sembunyikan, dan kami telah pergi mengambil hak kami sendiri! Kenapa perlu sampai sejauh ini untuk mendapatkan sesuatu yang memang milik kami? Kenapa ada pihak yang sanggup menyorokkan kenderaan kami dan membiarkan kami menderita?

RINGKASAN KRONOLOGI KES PEMILIK KENDERAAN YANG TERANIAYA DI NORTHPORT​

1. Kejadian Kapal Terbakar
• Tarikh: Disember 2024
• Lokasi: Perairan Johor
• Sebuah kapal yang digunakan untuk penghantaran kenderaan ke Sabah terbakar, menyebabkan lebih 50 kenderaan tertahan di Northport.

2. Kegagalan Syarikat Pengangkutan
• Pemilik kenderaan telah membayar lebih RM1,000 kepada syarikat pengangkutan tetapi tidak dimaklumkan bahawa bayaran itu tidak termasuk insurans.
• Syarikat transport gagal membeli insurans, menyebabkan pemilik kini menanggung risiko sepenuhnya.

3. Kenderaan Ditahan & Tuntutan General Average (GA)
• Tarikh Perbincangan: 13 Februari 2025, Northport
• Pemilik diminta membayar 50% dari nilai kenderaan sebagai syarat pelepasan (GA), walaupun mereka bukan punca masalah.

4. Pemilik Jadi Mangsa
• Syarikat kapal mempunyai insurans tetapi masih menahan kenderaan pemilik.
• Pemilik terpaksa membayar ansuran bulanan bank dan kos lain walaupun kenderaan masih tertahan.

5. Tuntutan Semboyan Malaysia
• Semboyan Malaysia menegaskan bahawa kenderaan harus dilepaskan segera.
• Jika ada tuntutan antara syarikat, ia harus diselesaikan di mahkamah – bukan membebankan pemilik kenderaan.

6. Pihak Bertanggungjawab
• Syarikat pengangkutan: Tidak membeli insurans dan gagal memaklumkan pelanggan.
• Syarikat kapal: Sepatutnya menyelesaikan isu ini dengan syarikat pengangkutan, bukan menekan pemilik kenderaan.
• Mangsa: Hanya menggunakan perkhidmatan penghantaran tanpa mengetahui bahawa insurans tidak disediakan.

7. Tindakan yang Sepatutnya
• Syarikat kapal perlu melepaskan kenderaan kerana pemilik tidak bersalah.
• Syarikat pengangkutan perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan isu ini dengan syarikat kapal.
• Pihak berkuasa harus campur tangan segera bagi mengelakkan lebih ramai rakyat menjadi mangsa.

Last edited:

Kami telah menyampaikan suara pemilik kenderaan yang tertindas kepada MOT!​

Isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Kami mendesak agar kenderaan yang ditahan segera dilepaskan dan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan!
”TERIMA KASIH KEPADA KSU, NAMUN RAKYAT PERLUKAN TINDAKAN SEGERA!

“Kami, para pemilik kenderaan yang teraniaya, tidak mempunyai tempat lain untuk mengadu."​

Hanya kerajaan yang dapat membantu rakyat yang sedang kesempitan. Kami memohon agar pihak berkuasa segera campur tangan untuk membela nasib rakyat yang dizalimi akibat kecuaian pihak tertentu.

Selebihnya, kami berserah kepada Allah. Hanya doa dan harapan yang mampu kami panjatkan agar perkara ini dipermudahkan.

Semoga keadilan berpihak kepada kami dan kenderaan kami dapat dikembalikan tanpa bebanan yang tidak adil. Kami tidak meminta lebih, hanya hak kami sebagai pemilik yang sah.

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register