akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,902
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,902
- Reaction score
- 6,423
- Points
- 881
- Awards
- 1
Pemerintah Singapura sokong kegiatan agama kendalian kumpulan Qaryah, kata Shanmugam
2 min
Pemerintah sokong kegiatan agama kendalian kumpulan Qaryah, kata Shanmugam
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam memberi jaminan kepada kumpulan-kumpulan Qaryah di Singapura bahawa Pemerintah menyokong kegiatan-kegiatan agama yang dikendalikannya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan satu pertemuan tertutup dii Masjid Khalid malam ini (29 Mac).
"Ramai Anggota Parlimen Melayu/Islam lain berada di sini untuk memberitahu mereka bahawa mereka melakukan kerja yang sangat baik di lapangan - banyak kerja sosial, membantu orang, dan juga membantu dalam solat, membantu dalam masyarakat.
"Dengan berkumpul hari ini, untuk berbuka puasa bersama dengan semua kumpulan qaryah, dan membincangkan isu-isu, adalah cara kita memberitahu mereka bahawa kita menyokong mereka dan menunjukkan sokongan kita kepada mereka," kata beliau.
Encik Shanmugam menambah bahawa apa sahaja isu yang timbul, ia boleh diselesaikan dengan cara yang memuaskan untuk semua orang.
Sungguhpun demikian, beliau menegaskan bahawa isu-isu agama akan ditangani oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
"Dalam kita menyambut Ramadan, kita sering mengingatkan satu sama lain tentang kesabaran dan sifat rahmah. Saya mengimbau kepada semua seperti ucapan Mufti sempena pelancaran SalamSG baru-baru ini, kita berusaha untuk memasuki Ramadan dengan rasa rahmah, gembira, tanpa ada yang merosakkan atau mengurangkan ibadah kita.
"Kepada tuan puan yang terjejas dengan perkembangan baru-baru ini, saya minta maaf. Ke depan kita harus bertemu dahulu dalam mencernakan perkara seperti ini," kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.
(Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)
Encik Masagos seterusnya berkata hal-hal berkaitan agama kita harus "diserahkan kepada pihak yang bertauliah, iaitu Mufti bersama jajaran para ulama untuk memberi kita bimbingan agama yang tepat."
Turut bersama beliau dalam majlis berbuka puasa itu adalah Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan beberapa pegawai MUIS.